Harian Metro

PILIHAN KASUT IKONIK TERBARU

-

Keselesaan adalah perkara utama yang diberi perhatian oleh setiap pembeli selain reka bentuk dan warna ketika memilih kasut.

Kasut cantik dan mempunyai reka bentuk menarik saja tidak mencukupi kerana sepatu yang keras dan tidak selesa boleh memberi kesan sampingan tidak baik kepada kaki pemakai seperti luka serta tumit menjadi keras.

Bagi menambahka­n pilihan kasut yang selesa kepada pengguna bagi musim luruh dan dingin 2017, Clarks memperkena­lkan koleksi Trigenic Evo, peringkat seterusnya dalam evolusi konsep Trigenic jenama itu.

Kasut ikonik terbaru itu meneroka lebih mendalam dalam falsafah Trigenic untuk menyampaik­an fungsi bersama bentuk dan pergerakan.

Ia adalah inspirasi daripada rekaan asal 1883 Clarks Hygiene, kasut penuh gaya yang dihasilkan daripada kontur semula jadi kaki, berbeza dengan fesyen ketika itu yang agak tidak selesa.

Menggunaka­n material ringan dan rekonstruk­si kejurutera­an, koleksi terbaru ini direka dengan teknologi supaya mengikut bentuk kaki sempurna hingga struktur dalaman berkusyen untuk keselesaan.

Ini adalah koleksi yang membenarka­n ruang bagi jari kaki bergerak ketika berjalan, satu revolusi untuk masa berkenaan. Pengetahua­n terhadap biomekanik, material dan kaedah pembinaan kontempora­ri digunakan untuk menghasilk­an kasut yang bersesuaia­n dengan keadaan pergerakan semula jadi.

Reka bentuk koleksi ini mengambil prinsip sama seperti ‘outsole’ tiga bahagian dan asimetrik terakhir, dan merekanya semula untuk siluet yang lebih moden.

Keselesaan pada bahagian bawah diperbaiki dengan pelapik dalam kaki inovatif yang diperbuat daripada material kepadatan berkembar yang direka khas untuk menjadikan lebih selesa di kawasan yang mana kaki memerlukan­nya paling banyak.

Pembinaan moccasin tulen menggambar­kan DNA jenama itu. Gaya untuk lelaki termasuk pelapik dalam Vibram untuk menambah ketahanan dan cengkaman.

Outsole kasut memaparkan ciri peta linear kitaran perjalanan manusia yang secara estetika menekankan kawasan bertekanan atau impak tinggi kaki.

Kebolehlen­turan pada bahagian atas digunakan di kawasan untuk mencermink­an otot tendon semula jadi yang terdapat di dalam kaki.

Gaya terbaru ini boleh didapati dalam material kulit berona putih, hitam dan kelabu untuk lelaki, manakala hitam, putih dan oker untuk wanita.

 ??  ?? HITAM menjadi simbolik gaya maskulin. TEKNOLOGI khas untuk mengikut bentuk kaki.
HITAM menjadi simbolik gaya maskulin. TEKNOLOGI khas untuk mengikut bentuk kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia