Harian Metro

Rai keperibadi­an setiap individu

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Selain membetulka­n penglihata­n seseorang, penggayaan cermin mata kini sebahagian daripada pelengkap gaya baik lelaki mahupun wanita.

Kehadiran pelbagai bentuk direka untuk lelaki, wanita atau kedua-duanya, sepasang kaca mata hitam memadai untuk tampil lebih bergaya tanpa perlu berbelanja besar.

Bagaimanap­un, ramai dalam kalangan kita sering berdepan kesukaran memilih kaca mata hitam yang bukan saja menarik digayakan, tetapi sesuai dengan bentuk wajah.

Oleh itu, pemilihan cermin mata juga perlu mengikut kesesuaian bentuk wajah, personalit­i dan karakter individu untuk menyerlahk­an gaya seiring pilihan pakaian.

Peminat fesyen aksesori cermin mata kini boleh mengumpul lebih banyak koleksi unik dengan pelancaran koleksi terbaru dari jenama kaca mata, Bolon.

Penyatuan elemen kemahiran, seni dan fesyen ini menyerlahk­an keanggunan rekaan untuk koleksinya yang baharu.

Koleksi ini juga meraikan keperibadi­an setiap individu yang memiliki personalit­i serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontempora­ri yang cukup unik dan personalit­i tersendiri.

Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini. Koleksi musim ini diinspiras­ikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (rekaan ukiran), Eiffel (rekaan Menara Eiffel) serta Layers (corak geometri).

Mula diperkenal­kan pada 2003, Bolon dilancarka­n di Malaysia tahun lalu mendapat sambutan yang sungguh menggalakk­an di segenap rantau Asia Pasifik.

Penggunaan bahan yang berkualiti tinggi dan

Koleksi kaca mata tawar rekaan fesyen kontempora­ri unik, personalit­i tersendiri

penelitian inovatif adalah kunci kepada rekaan keduadua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon.

Kombinasi rekaan kaca mata Bolon yang berkualiti tinggi dengan teknik kemahiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihata­n si pemakai untuk menggayaka­nnya.

Dihasilkan dan diedarkan oleh Kumpulan Essilor, kaca mata Bolon diperbuat daripada Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur yang menarik. Ia juga direka daripada Resin Memori TR90 buatan Switzerlan­d yang tahan lasak dan ringan.

Koleksi kaca mata hitam Bolon turut dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinis­i tinggi yang mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihata­n terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindung­an Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindung­an adalah pada tahap yang terunggul.

 ??  ?? PELBAGAI pilihan gaya terkini kaca mata Bolon. PENGURUS Negara Essilor Malaysia Peter Tan (tiga dari kanan) bersama Pengasas A-Look Datuk Terry (tiga dari kiri) dan Pereka Fesyen Kittie Yiyi (kanan) pada pelancaran koleksi terkini Bolon.
MODEL...
PELBAGAI pilihan gaya terkini kaca mata Bolon. PENGURUS Negara Essilor Malaysia Peter Tan (tiga dari kanan) bersama Pengasas A-Look Datuk Terry (tiga dari kiri) dan Pereka Fesyen Kittie Yiyi (kanan) pada pelancaran koleksi terkini Bolon. MODEL...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia