Harian Metro

Santai, ringkas dan bersahaja

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Gabungan unsur Timur, Barat hasilkan rekaan boleh digayakan semua wanita

Santai, ringkas dan bersahaja adalah konsep diketengah­kan jenama antarabang­sa Michael Kors bagi himpunan musim bunga 2018. Inspirasi daripada gaya Timur dengan padanan sarung, kimono dan pijama, pereka ini menggabung­kan unsur Barat lantas menghasilk­an rekaan yang boleh digayakan semua wanita.

Sebagai pereka yang pernah memenangi anugerah untuk aksesori mewah dan pakaian sedia dipakai, Michael menggunaka­n fabrik linen dan sifon pada blaus, skirt dan seluar menjadikan setiap helaian tampak ringkas dan sederhana.

Kemeja potongan besar dan labuh memudahkan pergerakan namun ia dikemaskan dengan tali pinggang bagi memberikan ilusi ramping kepada pemakai. Begitu juga dengan jaket yang boleh dipakai untuk acara kasual atau percutian.

Kemeja dengan cetakan abstrak, gaun berbunga, jaket dan skirt tampil sempurna menerusi gaya segar. Ia memperliha­tkan bentuk tubuh langsing wanita bahkan ia juga sesuai dijadikan padanan harian bagi yang ingin kelihatan formal ke pejabat.

Sejak 1981, rekaan Michael Kors sentiasa diperbahar­ui mengikut peredaran zaman. Selain busana jenama ini turut melancarka­n himpunan lelaki termasuk kasut, jam tangan dan produk wangian.

Terkenal sebagai pereka yang mempunyai visi jelas untuk menakluk dunia, jenama ini kini terdapat di hampir seluruh dunia termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.

 ??  ?? GAUN merah jambu menjadi tanda pengenalan rekaan Michael Kors.
. JAKET labuh untuk menceriaka­n hari.
GAYA santai blaus dipadankan jaket dan kemeja.
GAUN tali halus terdedah untuk wanita berani. BAJU untuk musim bunga polos sederhana...
GAUN merah jambu menjadi tanda pengenalan rekaan Michael Kors. . JAKET labuh untuk menceriaka­n hari. GAYA santai blaus dipadankan jaket dan kemeja. GAUN tali halus terdedah untuk wanita berani. BAJU untuk musim bunga polos sederhana...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia