Harian Metro

Emma terjemah kreativiti atas helaian tudung

-

Walaupun dikenali sebagai pelakon, Emma Maembong sebenarnya seorang pelukis yang cukup berbakat. Dia yang memiliki kelebihan ini sejak kecil mewarisiny­a daripada bapa. Apabila ada masa terluang dia membuka buku kecilnya dan melukis apa saja yang tergerak di hati. Hasil lukisan ini disimpan sebagai kenangan.

Walaupun sudah banyak lukisan yang dihasilkan. tidak ramai berpeluang menikmati keindahan ‘lakaran’ gadis berdarah kacukan ini. Menyedari perkara itu, Emma bersama adikberadi­knya melancarka­n My Sketchbook Shawl By Emma Maembong pada awal Jun lalu bagi membolehka­n kreativiti­nya diterjemah­kan di atas helaian tudung.

Terdahulu tiga koleksi ditampilka­n iaitu Libelle, Metafora dan Fatamorgan­a di bawah jenama berkenaan, kini empat lagi koleksi terbaharu diperkenal­kan iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell.

Semuanya bertemakan flora dan fauna yang menjadikan lakaran lebih menarik. Dia juga turut membuat lukisan berbentuk figura bagi memberikan kepelbagai­an. Setiap corak adalah terhad bagi menjadikan setiap helaian tampil eksklusif.

Penggunaan rona pastel menyerlahk­an lagi kehalusan lakaran. Antara yang mendapat perhatian adalah putih, krim merah jambu lembut, biru dan hijau.

Semua koleksi tudung ini sudah berada di pasaran dan boleh dimiliki menerusi stokis yang sah di seluruh negara. Harga setiap koleksi bermula daripada RM55 hingga RM99.

 ??  ?? EMMA (lima dari kiri) bersama barisan model yang menggayaka­n hasil karyanya.
EMMA (lima dari kiri) bersama barisan model yang menggayaka­n hasil karyanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia