Harian Metro

GAGAL LARI

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Cubaan dua wanita warga Indonesia melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau, gagal apabila ditahan dalam Op Gegar dan Dandan di Jalan Dunlop, di sini, kelmarin.

Kedua-dua wanita terbabit antara enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan kerana didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketua JIM Tawau Noraini Rasi berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang dengan kekuatan 13 anggota penguat kuasa itu menyerbu sebuah premis kecantikan di Jalan Dunlop.

“Ketika penguat kuasa menghampir­i premis itu, dua wanita yang berada di luar premis cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

“Seorang lagi wanita yang berada di dalam premis itu turut ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati ketiga-tiga mereka adalah warga Indonesia dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah bekerja di premis pusat kecantikan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Noraini berkata, serbuan seterusnya dilakukan di sebuah premis snuker di kawasan sama.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap pusat snuker mendapati dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semua yang ditahan berusia 21 hingga 51 tahun dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kata Norain, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Kuching: Jabatan Perikanan Laut Sarawak sudah melepaskan

27,444 benih ikan siakap sepanjang tahun ini di lokasi terpilih di perairan negeri ini.

Pengarahny­a

Belayong Nyuak berkata, ia termasuk 10,000 benih ikan sama yang dilepaskan di Terminal Bako, Kampung Bako, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, keseluruha­n benih ikan siakap yang dilepaskan di Sarawak tahun ini bernilai RM25,000 dan jumlah itu meningkat berbanding RM15,000 tahun lalu dengan hanya 12,250 benih ikan siakap yang dilepaskan.

“Aktiviti pelepasan benih ikan ini adalah kaedah pengurusan perikanan yang memberi tumpuan kepada aspek penambahan sumber ikan di perairan negeri ini.

“Benih ikan siakap yang dilepaskan daripada spesies tempatan dan ia dijangka dapat membesar serta membiak dengan baik, sekali gus mampu meningkatk­an sumber perikanan,” katanya ketika program pelepasan benih ikan siakap itu di Terminal Bako, Kampung Bako, di sini, kelmarin.

Belayong berkata, sekiranya jabatan itu berjaya meningkatk­an sumber perikanan di negeri ini, pihaknya yakin mampu membantu menambah pendapatan komuniti perikanan di negeri ini.

“Bagaimanap­un, keberkesan­an kaedah ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamany­a komuniti perikanan setempat.

“Pelepasan benih ikan berkenaan juga adalah komitmen kerajaan sempena program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017,” katanya.

 ??  ?? ANTARA PATI yang ditahan dalam Op Gegar dan Dandan di Jalan Dunlop, Tawau.
ANTARA PATI yang ditahan dalam Op Gegar dan Dandan di Jalan Dunlop, Tawau.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ?? FOTO: ?? BELAYONG (lima dari kanan) melepaskan benih ikan siakap di Terminal Bako, Kampung Bako dekat Kuching.
FOTO: BELAYONG (lima dari kanan) melepaskan benih ikan siakap di Terminal Bako, Kampung Bako dekat Kuching.
 ??  ?? PENGUAT kuasa Jabatan Imigresen Tawau menjalanka­n pemeriksaa­n di pusat kecantikan dalam Op Gegar dan Dandan.
PENGUAT kuasa Jabatan Imigresen Tawau menjalanka­n pemeriksaa­n di pusat kecantikan dalam Op Gegar dan Dandan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia