Harian Metro

320 DAPAT RUMAH

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Seramai 320 keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal mendapat penempatan baru di dua kawasan perumahan sewaan iaitu di Taman Puncak Manggatal dan perumahan ECO Park, dekat sini.

Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, Kementeria­n Pertahanan meluluskan dua kawasan perumahan bagi sewaan rumah warga TLDM bagi menampung penempatan yang tidak mencukupi.

“Kami mengambil berat kebajikan anggota kerana sewa rumah yang tinggi di negeri ini membebanka­n mereka jika dibandingk­an dengan jumlah elaun rumah yang mereka peroleh setiap bulan.

“Sewaan bermula pada Januari tahun depan bagi fasa perta- ma mem- babitkan 320 rumah bagi menampung dan mengatasi masalah kekurangan rumah warga TLDM.

“Bagi fasa kedua membabitka­n 200 sehingga 300 rumah di kawasan perumahan

itu ECO Park yang dijangka boleh diduduki menjelang pertengaha­n tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pemakaian Pangkat warga pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Markas Angkatan Kapal Selam, Sepanggar, dekat sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, dasar baru diluluskan melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-558 dengan Pelaksanaa­n Pelanjutan tempoh perkhidmat­an 21 tahun terus ke 26 tahun bagi memudahkan proses penyambung­an perkhidmat­an anggota TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Lanjutan tempoh perkhidmat­an yang baru ini memberi peluang kepada anggota menikmati pencen perkhidmat­an yang lebih tinggi serta faedah persaraan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, seramai 44 anggota TLDM dinaikkan pangkat sebagai penghargaa­n kerana menunjukka­n prestasi cemerlang dalam perkhidmat­an.

TLDM sedia dua penempatan baru untuk tampung keperluan perumahan anggota

 ??  ?? SYED Zahiruddin (kiri) menyematka­n pangkat Pegawai Waran 1 kepada Yogesvaran A/L Supramania­m, semalam.
SYED Zahiruddin (kiri) menyematka­n pangkat Pegawai Waran 1 kepada Yogesvaran A/L Supramania­m, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia