Harian Metro

Dua lelaki diburu belasah pelajar

-

Tawau: Polis menahan dua lelaki dan memburu dua yang lain berhubung kejadian membelasah pengakap sukarelawa­n yang melakukan rondaan di luar kawasan sekolah rendah di Tanjung Batu Tengah, Jalan Kukusan, dekat sini, pada 29 September lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa Iskandar Alwi, 20, dirawat di Hospital Tawau dan menerima 19 jahitan di kepala, 10 jahitan di tangan kiri serta empat jahitan di tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, guru di sekolah berkenaan ternampak kelibat dua lelaki masuk ke kawasan padang sekolah yang menjalanka­n program perkhemaha­n.

“Bagaimanap­un, kedua-dua suspek itu melarikan diri selepas disedari guru terbabit.

“Susulan kejadian itu, guru besar mengarahka­n rondaan dijalankan bagi me ngelak penceroboh­an berlaku ketika program perkhemaha­n dijalankan,” katanya.

Fadil berkata, ketika guru dan mangsa menjalanka­n rondaan di kawasan sekolah, sekumpulan empat lelaki yang melepak di luar pagar membaling batu ke dalam sekolah.

“Mangsa keluar dan menuju ke arah kumpulan terbabit dengan membawa dua bilah parang untuk menegur tindakan mereka.

“Guru yang bertugas meminta mangsa menunggu kehadiran anggota polis. Bagaimanap­un mangsa tidak mengendahk­an larangan itu.

“Lima minit kemudian, mangsa kembali ke dalam sekolah dalam keadaan cedera di kepala dan tangan dipercayai dibelasah,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu tidak dilihat guru lain memandangk­an kawasan luar sekolah yang gelap dan dianggarka­n ia berlaku 100 meter dari sekolah.

 ??  ?? DUA suspek yang diburu kerana dipercayai membelasah pengakap sukarelawa­n.
DUA suspek yang diburu kerana dipercayai membelasah pengakap sukarelawa­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia