Harian Metro

Filem promosi Sarawak di stesen CCTV

-

Stesen penyiaran televisyen terkemuka China,

(CCTV) bakal membuat filem promosi Sarawak di saluran televisyen mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata, penyiaran filem itu penting untuk mempromosi­kan negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n utama rakyat negara itu.

Menurutnya, sekalipun ramai pelancong China memasuki negeri ini untuk tujuan berkenaan, hakikatnya masih ramai rakyat negara itu yang tidak mengenali Sarawak.

“Jika ditanya, ramai rakyat China hanya tahu mengenai Sabah (sebagai lokasi pelanconga­n), tetapi kebanyakan­nya tidak tahu berkenaann­ya.

“Lantaran itu, kita mahu mewujudkan kerjasama melalui penghasila­n filem promosi Sarawak ini untuk diperkenal­kan di China, ia sangat diperlukan,” katanya dalam majlis makan tengah hari yang dianjurkan kementeria­nnya di Jalan Carpenter Street, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Lee berkata, pelancong China tidak bermasalah berkunjung ke negeri itu terutama dari segi bahasa kerana satu perempat penduduk di Sarawak berketurun­an Cina.

“Malah, ada golongan Bumiputera termasuk etnik lain di negeri ini yang berkeboleh­an berbahasa Mandarin, ia menjadi kelebihan jika mereka berkunjung ke Sarawak.

“Selain sektor pelanconga­n, Sarawak juga negeri yang mempunyai potensi pelaburan asing sama ada dalam sektor pertanian, perhotelan dan perindustr­ian yang terbuka untuk rakyat negara itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia