Harian Metro

TUBUH PASUKAN KHAS

- Mohd Rizal Abdullah am@hmetro.com.my

 Proses siasatan terperinci bermula, tiada tangkapan dibuat

A

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar mengetuai Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan dua lelaki di Sibu, semalam.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, ketika ini, Dev berada di Sibu bagi memulakan proses siasatan terhadap kes berkenaan bersama pasukan petugas khas yang dibentuk.

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes itu. Perkembang­an lanjut kes itu akan diberitahu kemudian,” katanya ringkas kepada pemberita ketika lawatan rasminya ke Balai Polis Pusat Miri di sini, semalam.

Kelmarin, dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun ditembak mati di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan di Sibu, jam 12.15 tengah hari.

Ketika kedua-dua mangsa ditembak, mereka minum bersama seorang wanita warga China yang juga teman wanita kepada mangsa berusia 47 tahun dan seorang lagi rakan mereka.

Ketika itu muncul seorang lelaki dan melepaskan empat das tembakan ke arah kedua-dua mangsa dipercayai menggunaka­n pistol.

Difahamkan, suspek datang seorang diri berjaket warna merah lengan panjang dan memakai topi keledar.

Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari jarak lebih kurang lima meter sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

Kelmarin, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal dalam kenyataan medianya di Kuching hanya mendedahka­n mangsa ahli perniagaan, tetapi nama mereka tidak dinyatakan.

 ??  ?? WAN Ahmad Najmuddin (tengah) bersama anggota dan pegawai polis di Balai Polis Pusat Miri.
WAN Ahmad Najmuddin (tengah) bersama anggota dan pegawai polis di Balai Polis Pusat Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia