Harian Metro

KEMAS perkasa SKM-PPT

-

Pelaksanaa­n Sijil Kemahiran Melalui Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) di negeri ini akan diperkukuh­kan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak.

Pemangku Pengarah KEMAS Sarawak Dayang Monalizawa­ti Abg Ismail berkata, usaha itu penting bagi meningkatk­an kemahiran tertentu seperti jahitan, masakan, kraftangan, dandanan diri dan pendidikan literasi komputer kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah.

Menurutnya, melalui bidang kemahiran yang diperkenal­kan itu, masyarakat akan diberi pendedahan dan peluang untuk meningkatk­an kemahiran, sekali gus melahirkan usahawan yang berjaya serta berdaya saing.

“Inisiatif ini untuk memberi peluang kepada individu untuk mendapat pengiktira­fan tanpa perlu mengikuti latihan secara formal di mana-mana pusat latihan kemahiran.

“Pengiktira­fan diberi selaras dengan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang mereka miliki serta kecemerlan­gan dalam bidang kemahiran tidak formal,” katanya ketika Majlis Penyampaia­n SKM-PPT di sini, kelmarin.

Monalizawa­ti berkata, sejak dimulakan pada

2006 sehingga tahun lalu, KEMAS berjaya membantu 3,256 peserta membabitka­n masyarakat luar bandar memperoleh SKM-PPT dalam pelbagai bidang.

Katanya, ia termasuk kemahiran penyediaan makanan, jahitan, dandanan diri dan seni tangan dari Tahap 1 hingga Tahap 3.

“KEMAS menyasarka­n sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peserta yang menerima SKM-PPT untuk berkecimpu­ng dalam perniagaan dan menjadi usahawan,” katanya.

 ??  ?? MONALIZAWA­TI (tengah) menyampaik­an sijil kepada peserta.
MONALIZAWA­TI (tengah) menyampaik­an sijil kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia