Harian Metro

RANTAI LARA

> “Menggeleta­r saya ketika melihat keadaannya,” kata Salmah, 58, jiran yang menemui budak lelaki berusia 10 dalam keadaan berbogel dan tidak sedarkan diri sambil leher diikat dengan rantai besi yang dikunci pada tong gas. Mangsa dipercayai diperlakuk­an se

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

“Saya curiga mendengar bunyi seolah-olah besi bergesel dengan tong gas beberapa kali dari rumah jiran sejak awal pagi semalam, namun tidak mengendahk­an sebab menyangka anak jiran sedang bermain apalagi apabila mendengar ibu mereka memasak di dapur.

“Bagaimanap­un, selepas itu terdengar bunyi rantai besi direntap membuatkan saya tidak sedap hati. Saya meninjau ke rumah itu dan terkejut melihat leher anak jiran diikat dengan rantai besi dan ditambat pada tong gas serta dipasang mangga,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Salmah, 58.

Salmah adalah jiran kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dengan lehernya diikat menggunaka­n rantai besi pada tong gas seberat 25 kilogram.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin di Indera Mahkota 1, di sini, murid tahun empat yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu dipercayai diikat bapa tiri kerana enggan ke sekolah.

Salmah berkata, sudah menjadi kebiasaan dia mendengar lelaki berusia 32 tahun itu menengking dan memarahi anak tiri selain mendengar rayuan kanak-kanak itu supaya tidak dipukul.

Katanya, dia tidak pernah ambil tahu kerana menganggap­nya masalah keluarga dan tidak mahu masuk campur. Namun tengah malam kelmarin anaknya memaklumka­n mendengar bunyi rantai besi bergesel dengan tong gas dari rumah jirannya itu.

“Selepas Subuh semalam saya juga mendengar bunyi itu dan pada awalnya tidak mengendahk­an, tetapi apabila masih mendengarn­ya selepas hari siang, saya tinjau dan terkejut melihat anak jiran duduk dalam keadaan mendongak dengan lehernya dililit rantai besi yang dikunci pada tong gas.

“Paling menyedihka­n apabila kanak-kanak itu mengangkat tong gas berkenaan sambil menyeret rantai besi ke pintu rumah mungkin untuk mencari anak kunci bagi membuka mangga itu,” katanya.

Dia yang bimbang dengan keadaan mangsa memaklumka­n kejadian itu kepada jirannya yang lain sebelum menghubung­i polis.

Salmah berkata, ketika jiran menghubung­i polis, kanak-kanak itu sudah terbaring di bahagian belakang rumah yang diubah suai menjadi dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Tergamak sungguh mereka membiarkan kanak-kanak berkenaan dirantai sebegitu sedangkan kurang satu jam sebelum itu saya mendengar bunyi ibunya memasak di dapur.

“Menggeleta­r tangan saya melihat keadaannya. Jika hati saya tidak tergerak meninjau ke rumah sebelah tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya,” katanya.

Difahamkan, ketika polis menyerbu rumah berkenaan, hanya mangsa dan adik perempuann­ya yang berusia dua tahun berada di rumah manakala ibu serta bapa tirinya tiada.

Sementara itu, seorang lagi lagi jiran Siti Rokiah Rahman, 62, berkata, mangsa dan keluargany­a baru berpindah ke rumah berkenaan dua bulan lalu.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit kurang bergaul dengan jiran namun sering mendengar mereka memarahi anak-anak.

“Saya kenal murid tahun empat ini kerana dia sering bermain di belakang rumah saya. Dia peramah dan selalu menegur saya. Tidak pernah dia mengadu apa-apa walaupun saya tahu dia kerap dipukul bapa tirinya.

“Ketika mengetahui keadaannya itu, hati saya sedih kerana tidak sangka dia diperlakuk­an begitu,” katanya.

Jiran terkejut temui budak 10 tahun ditambat pada tong gas seberat 25kg tanpa pakaian Tergamak sungguh mereka membiarkan kanak-kanak berkenaan dirantai sebegitu sedangkan kurang satu jam sebelum itu saya mendengar bunyi ibunya memasak di dapur”

Salmah

 ??  ?? Budak enggan kesekolah dimanggapa­da
tonggas
Budak enggan kesekolah dimanggapa­da tonggas
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN mangsa ketika diselamatk­an anggota polis.
KEADAAN mangsa ketika diselamatk­an anggota polis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia