Harian Metro

MYMETRO TERUS DAHULUI

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Selepas mengunggul­i suku pertama dan kedua 2017, laman web Harian Metro (HM) terus mengunggul­i portal berita di Malaysia untuk Julai dan Ogos 2017 dalam kategori berita dan maklumat berdasarka­n statistik terbaru dikeluarka­n firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarka­n laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat lebih 8.86 juta pelayar unik (UV) dalam tempoh dua bulan itu iaitu 4.68 juta UV pada Julai dan 4.18 juta UV (Ogos).

Pada Julai, laman yang lebih dikenali sebagai myMetro itu mengatasi pesaingnya dengan beza 1.29 juta UV, dan terus mengunggul­i dengan kelebihan 583,000 UV pada Ogos.

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjung­i laman web menggunaka­n komputer, telefon pintar dan tablet.

Pada suku pertama 2017, laman web HM mencatatka­n 9.88 juta UV sepanjang Januari hingga Mac, mengatasi pesaingnya dengan kelebihan 421,000 UV.

Sementara pada suku kedua 2017, HM mencatatka­n 12.22 juta UV (April hingga Jun) dan mengatasi pesaing dengan kelebihan 1.703 juta UV.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 111,824 langganan pengguna di YouTube mencatat lebih 138.5 juta tontotan setakat hari ini.

Di laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatka­n lebih 4.4 juta ‘likes’ manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 788,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatka­n peningkata­n pengikut.

myMetro unggul sebagai portal berita utama di Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia