Harian Metro

USTAZ ZUBIR DIBURU POLIS>

Polis cari Ustaz Zubir bantu siasatan kes penipuan jualan rumah oleh Boy Iman

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiaul@hmetro.com.my

Jangan jadi penunggang agama!’ Itu amaran ditujukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani terhadap individu bergelar ustaz yang dikesan ada kaitan dengan penipuan penjualan rumah oleh syarikat DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.

Dalam sidang akhbar khas, semalam, beliau memberitah­u pihaknya sedang menjejaki seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Zubir atau nama sebenarnya Zubir Yahya.

Menurutnya, lelaki itu diyakini dapat membantu siasatan kes penipuan pembelian rumah membabitka­n ratusan mangsa seluruh negara.

“Lelaki yang digelar ustaz ini boleh dikatakan sebagai penunggang agama kerana menggunaka­n agama bagi meraih kepercayaa­n untuk menipu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Zubir diminta menghubung­i balai polis berhampira­n. Kami perlukan lelaki ini bagi melengkapk­an siasatan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu dikesan tinggal di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor dan Taman Ozanan Impian, Ayer Keroh, Melaka.

Acryl berkata, setakat ini empat individu sudah ditahan polis iaitu Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman, Siti Nurbaiyah Yahya (Datuk Anggun) dan dua lelaki berusia 30 dan 45 tahun.

Katanya, 18 kertas siasatan dibuka daripada 210 laporan polis yang diterima di seluruh negara membabitka­n kerugian RM6.8 juta.

“Sejak pendedahan kes ini Selasa lalu, semakin ramai yang membuat laporan polis dan saya tidak menolak kemungkina­n lebih ramai akan tampil,” katanya.

Mengikut carian Harian Metro di laman sesawang, Zubir Yahya pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pada 2013 atas pertuduhan menawarkan saham syarikat kepada orang ramai melalui skim RakanNiaga Kontrak Stevia tanpa kebenaran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

Selain itu, ruangan komen laman Facebook (FB) Harian Metro turut dihujani komen yang mendakwa penipuan dijalankan Zubir Yahya.

 ??  ??
 ??  ?? ZUBIR dikehendak­i polis untuk bantu siasatan.
ZUBIR dikehendak­i polis untuk bantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia