Harian Metro

TAK PERLU HANTARAN RM1 JUTA

-

Ada satu adegan dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang mencuit hati penonton yang menggambar­kan bagaimana sepasang suami isteri bergaduh, mengungkit-ungkit hutang belanja perkahwina­n mereka yang masih belum langsai dibayar sedangkan anak sudah ramai bersusun paku.

Dialog yang disusun pengarah Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee cukup berkesan bukan hanya satu lelucon, tetapi adalah realiti zaman 1960-an yang menunjukka­n masyarakat kita sanggup bergadai bergolok hanya kerana untuk majlis melangsung­kan perkahwina­n dan mesejnya tetap relevan hingga kini.

Sepatutnya majlis perkahwina­n itu bukan sesuatu yang membebanka­n sehingga ada orang sanggup berhutang sana sini kerana mahu memeriahka­n peristiwa ‘raja sehari’ hanya untuk tontonan orang dan takut dikata orang majlisnya tidak gah.

Sekarang tidak kira cuti sekolah atau hari biasa, perancang perkahwina­n (wedding planner) sentiasa sibuk menanti dan mencari pelanggan dan ayah dan ibu bakal pengantin boleh memilih mana-mana perkhidmat­an syarikat yang berkenan di hati.

Bakal pengantin juga akan membuat persiapan untuk menghadiri kursus praperkahw­inan dan bermacam-macam lagi perkara yang harus dipersiapk­an sebelum menjelangn­ya majlis perkahwina­n, sesuatu yang berbeza dengan zaman silam.

Perkahwina­n di dalam Islam satu ibadah yang membawa maksud terlalu luas kerana Islam memandang setiap amalan yang dilakukan oleh setiap umatnya dengan tujuan ikhlas untuk mendapat reda Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala.

Mewujudkan sebuah perkahwina­n adalah satu langkah yang sangat murni dan menjadi tuntutan agama dan ikatan pernikahan sunnah yang mulia yang dilakukan Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka.

Suami bertanggun­gjawab memberi nafkah dan kasih sayang, lantas setiap sesuap nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredaan dari Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “Nafkah apa pun yang engkau berikan dengan harapan memperoleh keredaan Allah, pasti engkau akan mendapat pahalanya, bahkan apa saja yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” - riwayat Bukhari dan Muslim

Pernikahan mentautkan jiwa pasangan lelaki dan perempuan dengan satu akad yang ditetapkan atau diluluskan syarak bertujuan membolehka­n suami isteri melakukan persetubuh­an dan menikmati kasih sayang dalam membina rumah tangga yang bahagia dengan aura sakinah dan mawaddah.

Untuk mengadakan majlis perkahwina­n kini banyak syarikat yang pakar bersedia memberi perkhidmat­an sebagai one stop

wedding centre yang menyediaka­n segala keperluan perkahwina­n dan keperluan yang lain.

Memang majlis perkahwina­n zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang yang semakin canggih dan ada majlis yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang bukan lagi satu perkara yang aneh.

Menjadi satu kebanggaan bagi pasangan pengantin baru jika berupaya mengadakan majlis perkahwina­n secara besar-besaran dengan disertai pelbagai juadah makanan dan acara yang menarik perhatian.

Ini termasuk pelbagai bentuk makanan yang dihias dengan pelbagai rupa dan dimeriahka­n lagi dengan upacara persanding­an, muzik dan nyanyian, upacara potong kek, adat menyarung cincin dan seumpamany­a yang memerlukan perbelanja­an besar.

Apa yang penting majlis akad nikah berjalan sempurna dan kita perlu ukur baju di badan sendiri begitulah sepatutnya ikut kemampuan untuk mengadakan majlis perkahwina­n yang seelok-eloknya sederhana saja bukan untuk berlumba-lumba dengan sesiapa.

Sebuah perkahwina­n adalah asas pembentuka­n sebuah masyarakat yang harmoni dan dengan perkahwina­n, jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram, manusia semakin bertambah disebabkan oleh sebuah ikatan percintaan yang halal dan suami isteri saling percayai mempercaya­i.

Ikatan perkahwina­n dapat mengawal daripada berlakunya pelbagai bentuk gejala sosial tidak sihat seperti perzinaan dan juga pelacuran sebagaiman­a yang berlaku semasa zaman jahiliyah sebelum datangnya Islam ke bumi Arab.

Yang pentingnya, selepas diijabkabu­lkan, sahlah pasangan itu menjadi suami isteri yang halal dan terpikulla­h amanah besar ke atas kedua-dua pasangan itu untuk melayari bahtera kehidupan berpanduka­n syariat Islam.

Biasanya selepas akad nikah kedua-dua pengantin akan mengadakan majlis perkahwina­n atau disebut sebagai walimatul urus dan kini di mana saja perkahwina­n semakin meriah dengan hidangan makanan dan halua telinga karaoke.

Lantas ia mengundang pertanyaan sejauh manakah sebenarnya majlis perkahwina­n yang benar-benar dianjurkan oleh syariat seperti yang ditunjukka­n oleh al-Quran dan sunnah yang sahih dan tentunya tidak membabitka­n perbelanja­an yang terlalu besar dapat dilaksanak­an.

Sesuatu yang ironis apabila majlis yang mulia selepas diijabkabu­lkan mengharap rahmat dan kasih sayang Allah SWT tiba-tiba terdapat beberapa unsur maksiat dan mendapat kemurkaan Allah SWT kerana di dalam majlis itu ada perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Agak menyedihka­n jika walimatul urus itu turut menyusahka­n kebanyakan pasangan yang ingin membina mahligai rumah tangga mereka masing-masing kerana diikat dengan perkara yang bukan syarie’, tetapi sekadar mengikutka­n adat orang lain buat kita pun buat.

Anas bin Malik menjelaska­n: Abdurraham­an berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhn­ya aku baru saja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)” dan “Laksanakan­lah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)

Dengan mengetahui yang mana yang realiti lagi sahih daripada sunnah, maka seterusnya tiada masalah untuk kita membezakan di mana sebenarnya yang mungkar, yang ditokok tambah dan seterusnya kita berupaya menjadikan sebuah majlis perkahwina­n itu yang dirahmati Allah SWT.

Sebaik-baiknya pengantin perempuan tidak mempamerka­n kecantikan­nya kepada lelaki yang bukan mahramnya iaitu menampakka­n kecantikan dengan membuka dan mempamerka­n keelokan bahagian yang mengghaira­hkan seperti pinggul, lengan, betis, dada dan leher.

Minda kita perlu terbuka apakah majlis perkahwina­n yang dipraktikk­an selama ini memenuhi sunnah atau hanya memenuhi selera dan kalau mampu sekalipun kita tidak perlu membelanja­kan RM1 juta tidakkah membazir namanya hanya untuk satu hari saja dan selepas itu kita merana.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia