Harian Metro

Tahan tempat cuci kenderaan

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kegiatan sekumpulan penjenayah dianggotai tiga lelaki dan seorang wanita yang aktif melakukan jenayah termasuk curi tong gas di sekitar daerah ini berakhir apabila dicekup polis dalam serbuan di tempat cuci kenderaan di Putatan, dekat sini, kelmarin.

Semua suspek berusia 25 hingga 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada jam 3.10 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 28 tahun selepas beg dan telefon bimbit miliknya dicuri dua lelaki di tempat letak kereta di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) pada jam 5 petang kelmarin.

“Mangsa dikatakan baru selesai membuat pemeriksaa­n kesihatan di HQE 1 dan menuju ke keretanya lalu meletakkan beg berisi dokumen penting, wang tunai RM350 serta telefon bimbit di sebelah tempat duduk pemandu.

“Ketika menghidupk­an enjin, tiba-tiba seorang lelaki merampas beg mangsa lalu berlari menaiki kereta Proton Saga dan terus memecut meninggalk­an lokasi kejadian.

“Mangsa cuba mengejar tetapi gagal dan dia turut cedera di bahagian siku selepas terjatuh,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, serbuan dijalankan di tempat cuci kenderaan di Putatan dan menahan tiga lelaki serta seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes curi berkenaan.

“Polis turut merampas beg (milik mangsa) dan kereta Proton Saga warna hitam dipercayai digunakan ketika melarikan beg mangsa.

“Siasatan mendapati semua suspek bukan saja terbabit dalam kejadian curi beg mangsa, malah turut terbabit dalam 11 kes membabitka­n curi tong gas dan curi dalam bangunan,” katanya.

Menurutnya, lima kes dilaporkan berlaku di Karamunsin­g, Kota Kinabalu (empat), manakala di Manggatal dan Tanjung Aru masing-masing dua kes.

Beliau berkata, tiga suspek lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu kes narkotik dan kes jenayah.

“Siasatan masih diteruskan dan semua suspek yang ditahan positif syabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan tindakan susulan mengikut Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga akan dilaksanak­an,” katanya.

Tiga lelaki, wanita terbabit kes samun, curi tong gas

 ??  ?? POLIS rampas semula barang kepunyaan mangsa yang disamun suspek dalam kejadian di tempat letak kereta tidak berbumbung di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
POLIS rampas semula barang kepunyaan mangsa yang disamun suspek dalam kejadian di tempat letak kereta tidak berbumbung di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
 ??  ?? POLIS rampas kereta yang digunakan suspek.
POLIS rampas kereta yang digunakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia