Harian Metro

KAD UNHCR PALSU

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Awak-awak warga Myanmar ditahan bersama tekong tangkap ikan guna bubu naga

Seorang lelaki warga Myanmar berusia 19 tahun yang juga awak-awak bot pukat hanyut ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas dipercayai menggunaka­n kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) palsu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, anggota APMM yang membuat rondaan di sekitar perairan itu terserempa­k dengan bot nelayan sebelum menahannya dan mendapati lelaki warga Myanmar bersama seorang lelaki dipercayai tekong berada di atas bot berkenaan.

Pengarah APMM Kuala Kurau Leftenan Komander Mohamad Zainal berkata, pihaknya menahan bot itu pada kedudukan dua batu nautika di perairan Kerian dan Larut Matang untuk membuat pemeriksaa­n sebelum menemui 52 bubu naga di dalamnya.

Katanya, pihaknya merampas semua bubu naga itu kerana peralatan itu menyalahi peraturan lesen bot pukat hanyut dimiliki bot itu sebelum bot berkenaan dibawa ke pengkalan untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaa­n pada kedua-dua individu itu mendapati warga Myanmar berusia 19 tahun yang juga awak-awak bot itu menggunaka­n kad UNHCR palsu. “Lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1)(c), Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) manakala tekong bot dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Mohamad berkata, pihaknya turut merampas 100 kilogram (kg) hasil tangkapan iaitu udang dan pemilik bot disiasat mengikut Seksyen 8(B) dan 11(3)(C), Akta Perikanan 1985.

 ??  ?? PENGUAT kuasa APMM merampas bubu naga digunakan.
PENGUAT kuasa APMM merampas bubu naga digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia