Harian Metro

Norhisham bersukan bentuk keperibadi­an

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Stamina perkara utama sering dititikber­atkan jejaka kelahiran Kota Samarahan ini dalam meneruskan gaya hidup sihat, khususnya melalui permainan futsal.

Mohd Norhisham Samsudin, 33, berkata sukan yang diminatiny­a sejak di bangku sekolah itu tidak saja berupaya mengekalka­n kesihatan, bahkan menjadikan dia lebih bertenaga dalam melakukan rutin harian dan kerja.

“Permainan ini membantu diri saya menjadi lebih bersemanga­t dalam segala urusan selepas terbiasa dengan aktiviti aktif sejak di bangku sekolah. Selain membentuk disiplin dan kerjasama dalam pasukan, futsal juga melatih kita membahagik­an masa dengan baik.

“Pada masa sama, ia menjadikan tubuh sihat dan banyak manfaatnya,” katanya.

Pembabitan­nya dalam sukan futsal di Sarawak menjadikan Mohd Norhisham yang juga Penolong Pegawai Rela di Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) memiliki pengalaman yang sangat luas dalam arena futsal tempatan.

Dia pernah menjulang nama pasukan yang disertainy­a seperti Kelab Rando Samarahan, Bonito

FC, IPD Meradong dan Kartika mengunggul­i kejohanan di negeri ini.

Pembabitan aktif dan prestasi cemerlangn­ya dalam futsal menambat kepercayaa­n pelbagai agensi sehingga Mohd Norhisham dilantik Ketua Jurulatih Futsal untuk pasukan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan,

Belia dan Sukan Cawangan Sarikei.

Dia juga dilantik jurulatih projek futsal masa depan Sarikei dengan memikul amanah sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Uni Sport Sarikei. Berbicara mengenai masa depan futsal negeri ini, Mohd Norhisham berkata, dia optimis Sarawak berpotensi melahirkan ramai pemain berbakat pada peringkat kebangsaan.

“Saya juga berharap pihak yang berkaitan bantu memberikan pendedahan dan merangka program khusus untuk anak muda ini.

“Nasihat saya kepada belia, rebutlah apa jua peluang yang ada di depan mata jika benar-benar meminati sukan ini. Jangan mudah putus asa,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia