Harian Metro

Catat kejayaan luar biasa

-

Petaling Jaya: Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mencatatka­n kejayaan luar biasa apabila berjaya merekodkan kira-kira 300 pembeli berpotensi bagi hartanah bernilai RM200,000 hingga RM1 juta dalam tempoh tiga hari penganjura­nnya yang bermula pada 6 hingga 8 Oktober itu.

Pengurus Besar Pengiklana­n Agensi dan SME NSTP, Chew Ruoh Syh berkata, daripada jumlah itu dianggarka­n setiap tapak pempamer memperoleh purata antara 50 pembeli berpotensi yang berminat dengan hartanah yang ditawarkan dari tujuh syarikat pemaju yang menyertai pameran itu.

Beliau berkata, pameran yang diadakan di pusat beli-belah The Curve itu dilihat menjadi platform tepat kepada mereka yang ingin meninjau rumah baru atau mendapatka­n ilmu berkaitan hartanah seperti proses pembelian rumah, perundanga­n hartanah dan pengurusan hutang.

“MyRumah yang diadakan untuk edisi keempat pada tahun ini turut merekodkan kehadiran sebanyak 12,000 pengunjung, rata-ratanya ingin membeli rumah dan menyertai sesi ceramah hartanah.

“Pameran Hartanah MyRumah bukan saja diadakan untuk mengumpulk­an syarikat pemaju dan mempamerka­n hartanah yang ada, malah turut menyampaik­an ilmu berkaitan pemilikan kediaman dan sebagainya.

“Kami berbangga apabila sesi ceramah yang dijadualka­n mengikut waktu tertentu mempunyai pengikutny­a sendiri kerana ia adalah peluang terbaik untuk mengajukan soalan atau isu berkenaan hartanah,” katanya ketika ditemui pada pameran hartanah MyRumah di sini, semalam.

 ??  ?? NAZRI menyampaik­an ceramah pada pameran hartanah MyRumah 2017, semalam.
NAZRI menyampaik­an ceramah pada pameran hartanah MyRumah 2017, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung di pusat beli-belah The Curve, semalam.
SEBAHAGIAN pengunjung di pusat beli-belah The Curve, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia