Harian Metro

Kereta ‘terbang’ rempuh tembok klinik

-

Changlun: Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) terselamat selepas kereta dipandunya ‘terbang’ dan tersangkut di tembok Klinik Kesihatan Changlun, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9.50 pagi menyebabka­n suasana gempar kepada pesakit yang menunggu giliran mendapatka­n rawatan serta kakitangan klinik.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu berusia 21 tahun panik menyebabka­n kereta Perodua Bezza dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh tembok klinik ketika membelok.

Menurut sumber Jabatan Pejabat Pembanguna­n Pelajar dan Alumni UUM, penuntut terbabit dalam perjalanan ke klinik itu bagi menjalani rawatan fisioterap­i.

“Penuntut jurusan Matematik Perniagaan yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu, bagaimanap­un tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, saksi, Nor Azila Ahmad, 28, berkata, ketika kejadian dia menemani ibunya, Chempawan Kamis, 66, menunggu giliran untuk berjumpa doktor dan tiba-tiba keadaan kelam-kabut selepas terdengar dentuman kuat di luar.

“Orang ramai termasuk kakitangan klinik bergegas keluar melihat apa yang berlaku dan melihat kereta tersangkut di tembok pagar klinik ini.

“Pemandunya tidak berada di dalam kereta kerana difahamkan diselamatk­an orang ramai,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa gambar dimuat naik dan dikongsika­n netizen melalui Facebook, semalam.

 ??  ?? NOR Azila dan Chempawan menunjukka­n lokasi kereta merempuh tembok klinik.
NOR Azila dan Chempawan menunjukka­n lokasi kereta merempuh tembok klinik.
 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang tersangkut di tembok Klinik Kesihatan Changlun, Changlun, kelmarin. kelmarin.
KEADAAN kereta mangsa yang tersangkut di tembok Klinik Kesihatan Changlun, Changlun, kelmarin. kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia