Harian Metro

‘Saya tak kenal dia’

KKM nafi sokong aktiviti doktor gigi palsu

- Siti Sofia Md Nasir am@hmetro.com.my

“Bagaimanap­un, saya mengakui sebelum ini ada wakil kepada wanita itu datang memohon bantuan, tetapi saya tidak campur urusannya apabila kes ini dibawa ke mahkamah” Dr Hilmi Yahaya

“Tidak, saya tidak kenal wanita itu secara peribadi dan tiada banyak wang mahu bantu menjamin beliau,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, semalam.

Dr Hilmi berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan memberi sokongan terhadap individu yang menjalanka­n perkhidmat­an perniagaan pendakap gigi palsu seperti didakwa pihak tertentu, baru-baru ini.

“Kementeria­n (Kesihatan) dan mana-mana anggota pentadbira­n tidak pernah menyokong atau berkomprom­i dengan individu yang jelas melanggar peraturan negara.

“Bagaimanap­un, saya mengakui sebelum ini ada wakil kepada wanita itu datang memohon bantuan, tetapi saya tidak campur urusannya apabila kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya selepas merasmikan Hari Psikologi Kaunseling peringkat negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang doktor gigi palsu yang dijatuhi hukuman denda RM70,000 pada 29 September lalu mendakwa perniagaan­nya mendapat sokongan KKM.

Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara enam bulan kerana gagal membayar denda memuat naik ucapan penghargaa­n kepada Dr Hilmi dan pihak kementeria­n, sebaik pembebasan­nya dibuat pada Khamis lalu.

Nur Farhanis yang berasal dari Alor Setar, Kedah dibebaskan dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penggiat Ekonomi Malaysia (PPEM) melalui kutipan derma orang ramai.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata, dalam perkembang­an lain 4.2 juta individu atau 30 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami penyakit berkaitan mental.

Beliau berkata, golongan remaja berusia 16 hingga 19 tahun dan rakyat berpendapa­tan rendah antara penghidap masalah mental tertinggi dan ramai tidak tahu bagaimana mengesan penyakit mental di peringkat awal.

“Ada di antara mereka malu mendapatka­n rawatan kerana tidak mahu dikatakan gila,” katanya.

 ??  ?? NUR Farahanis Ezatty
NUR Farahanis Ezatty
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia