Harian Metro

Bukan PPIM kutip dana RM70,000

-

“Kami terkejut dengan pelbagai cacian netizen pada PPIM kononnya kami membantu bebaskan Doktor Gigi Palsu terbabit.

PPIM tidak pernah sokong atau iktiraf perbuatann­ya dan isu mungkin timbul akibat salah faham orang ramai terhadap fakta sebenar,” tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, semalam bagi menjelaska­n isu Doktor Gigi Palsu selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu didakwa membantu membebaska­n wanita berkenaan serta mengumpul dana sehingga RM70,000 untuk membayar denda yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, 29 Julai lalu.

Menurutnya, beliau kesal dengan sikap masyarakat yang menghukum secara melulu sedangkan perkara sebenar tidak difahami.

Katanya, usaha mengumpul dana seperti tular di media sosial juga tiada kaitan dengan PPIM, sebaliknya dilakukan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM).

“Mungkin ada kekeliruan antara PPIM dan PPEIM. Kami hanya berperanan memberi khidmat nasihat kepada keluarga dan peguamnya yang hadir bertemu PPIM selepas hukuman dijatuhkan.

“PPIM tidak pernah minta atau beri bantuan kewangan seperti didakwa, malah usaha mengumpul dana dilakukan PPEIM. Sumbangan itu diberikan kelab permotoran yang mengumpul wang atas bantuan orang ramai serta NGO lain,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, didenda RM70,000 oleh mahkamah atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menjalanka­n khidmat memasang pendakap gigi secara haram.

Dia bagaimanap­un dibebaskan selepas enam hari menjalani hukuman penjara apabila denda berkenaan dibayar dengan sumbangan disalurkan.

Selain itu, Nadzim berkata, sebagai sebuah NGO, pihaknya sentiasa terbuka membantu orang ramai yang tampil mendapatka­n khidmat nasihat mereka.

“Bagi saya, tidak salah membantu terutama apabila kami beroperasi sebagai NGO yang perlu bersedia menerima apa saja aduan orang ramai.

“Namun kami juga mengingatk­an orang ramai supaya lebih bertanggun­gjawab dalam memberi ulasan di media sosial yang boleh mengeruhka­n keadaan,” katanya.

 ??  ?? NADZIM
NADZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia