Harian Metro

Datuk palsu pukau pelabur

- Yusmizal Dolah Aling dan Rabi'Atul Adawiyah Ismail am@hmetro.com.my

 Taktik majlis gah guna gelaran hingga mangsa percaya perniagaan ‘Kongsi Makan’

Semua ahli lembaga pengarah dalam skim Kongsi Makan Berhad dipercayai menggunaka­n gelaran palsu termasuk Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk.

Sumber berkata, salah seorang suspek turut menggunaka­n gelaran ayahanda bagi mempengaru­hi orang ramai menyertai skim itu pada tahun 2015.

Katanya, gelaran itu digunakan untuk menunjukka­n status mereka sebagai ahli perniagaan berjaya selain gaya hidup mewah dan penuh prestij.

Kemewahan itu ditonjolka­n ketika majlis pelancaran di seluruh negara sejak dua tahun lalu dan diadakan secara gilang gemilang.

“Ketika mengadakan majlis, mereka menggunaka­n status Datuk dan sebagainya, jadi mangsa percaya dan menyangka ia adalah perniagaan tulen dijalankan orang hebat.

“Tetapi apabila disemak wujud keraguan kerana perniagaan itu tidak ada pengesahan daripada pihak berwajib,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut sumber itu, semua lembaga pengarah berkenaan turut memperagak­an kereta mewah untuk ‘mengumpan’ peserta yang tertarik dengan skim Industri Kecil dan Sederhana kerana mahu menambahka­n pendapatan.

Katanya, mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran selepas enam bulan seperti yang dijanjikan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih menyiasat semua dalang yang terbabit dalam pelaburan haram skim Kongsi Makan.

Katanya, tiga suspek bergelar Datuk sudah ditahan sejak kira-kira dua minggu lalu, termasuk dalang utama di Melaka.

Beliau berkata, sebanyak 17 kertas siasatan sudah dibuka dan dibawa untuk pertuduhan.

“Semua dalang Kongsi Makan ini bergelar Datuk, tetapi sejauh mana keaslian kurniaan darjat itu tidak dapat dipastikan,” katanya.

 ??  ?? ACRYL
ACRYL
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 20 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 20 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia