Harian Metro

Waris lima beradik diminta tampil

-

Kota Bharu: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta waris kepada lima kanak-kanak yang diselamatk­an pihaknya selepas hidup terbiar di Kampung Paloh Pintu Geng, di sini, tampil untuk memberi keterangan dan membantu pihaknya.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata, waris lima kanak-kanak itu yang berusia antara sembilan bulan hingga 11 tahun diperlukan kerana beberapa dokumen yang tidak lengkap termasuk kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

Pihaknya juga memerlukan maklumat lanjut dan mencari waris yang berkemampu­an menjaga mereka.

“Mereka diletakkan dalam jagaan JKM dan ditempatka­n di rumah kebajikan dan perlindung­an kanak-kanak di Pengkalan Chepa.

“Bagaimanap­un, kami masih memerlukan maklumat daripada waris terdekat. Jika ada berkelayak­an dan dengan perintah mahkamah, mereka akan diberi hak penjagaan katanya.

Beliau berkata, ketika anaknya diselamatk­an Sabtu lalu, ibu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Namun ibu mereka berusia 34 tahun yang disyaki terbabit dengan penagihan dadah, gagal ditemui selepas menjalani ujian saringan.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan Rohayu Ahmad berkata, pihaknya mengesan wanita itu sejak kelmarin.

“Pihak kami ke rumah sewa wanita itu dan mendapati dia tiada di rumah. Kami minta dia atau saudara-mara yang mempunyai maklumat, tampil membantu,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, lima kanak-kanak berusia antara sembilan bulan hingga 11 tahun diserahkan kepada JKM, Sabtu lalu susulan kisah mereka bersama ibunya hidup terbiar di rumah uzur di Kampung Paloh Pintu Geng, di sini.

sementara,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia