Harian Metro

Datang balai mengaku tetak

-

Ipoh: Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pencuci rumah sambilan maut dengan kecederaan di muka dan belakang badan dengan tiga jarinya putus akibat ditetak dengan parang oleh anak kepada tuan rumah ketika sedang menjalanka­n kerja pembersiha­n di rumah berkenaan di Kampung Tersusun Tasik, Bercham, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian selepas lelaki berusia 34 tahun datang sendiri ke Balai Polis Bercham untuk membuat laporan.

Difahamkan, suspek datang ke balai berkenaan dengan menunggang motosikal dan memberitah­u kepada anggota bertugas bahawa dia sudah membunuh seorang wanita berusia 40-an yang datang untuk mencuci rumah keluargany­a.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di kawasan antara ruang tamu dan dapur di rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaa­n dijalankan anggota forensik mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, belakang badan dan tiga jarinya turut putus dipercayai ditetak menggunaka­n parang.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke rumah berkenaan untuk melakukan kerja pembersiha­n selepas dipercayai dipanggil keluarga suspek dan ketika kejadian hanya suspek bersama mangsa berada di dalam rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung mayat pencuci rumah sambilan warga Indonesia.
ANGGOTA polis mengusung mayat pencuci rumah sambilan warga Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia