Harian Metro

Sondol lori babi

-

 Kenderaan bawa 14 ternakan terbalik dirempuh kereta

Dalam sekelip mata saya hilang kawalan ke bahu jalan dan lori masuk ke dalam longkang.

“Ketika itu saya cuba kawal lori daripada terbalik, namun Proton Gen.2 berkenaan tiba-tiba memotong dengan laju dan menghimpit lori dan akhirnya kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan lalu terbalik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Akibat kemalangan itu, Tee mengalami sakit pada bahu manakala isterinya pula cedera di kepala, namun dia berasa lega kerana kecederaan dialami mereka tidak serius dan tiada ternakan yang mati.

Menurutnya, sejurus kemalangan dia menghubung­i pengurusny­a yang kemudian menghantar sebuah lori gantian untuk menghantar ternakan berkenaan kepada pelanggan.

“Pada masa sama, saya juga pantau pergerakan ternakan jika ada yang berkeliara­n atas lebuh raya kerana risau dilanggar kenderaan lain, tetapi mujur kakitangan PROPEL tiba tidak lama kemudian dan terus membantu usaha memindahka­n babi berkenaan,” katanya.

Katanya, dua lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam Proton Gen.2 turut mengalami kecederaan dan mereka dikejarkan ke hospital menggunaka­n ambulans untuk diberi rawatan kecemasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abdul Aziz berkata, pemandu kereta berusia 18 tahun yang juga pelajar kolej hanya cedera di kepala, manakala dua sahabatnya tidak cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia