Harian Metro

Bawa pulang arwah 2 minggu lagi

-

Kuala Lumpur: Jenazah wanita warga Malaysia yang pernah dipenjara kerana menjadi keldai dadah sebelum meninggal dunia di Peru, Amerika Selatan, kelmarin, akan dibawa pulang ke tanah air dua minggu lagi.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Peru bagi menguruska­n hal berkaitan sebelum membawa pulang jenazah Shyzlin Hathaman, 43.

“Cara itu lebih mudah kerana urusan pengebumia­n di sana membabitka­n beberapa prosedur yang ketat,” katanya.

Shyzlin disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 petang waktu Peru semalam atau 7.50 pagi waktu Malaysia.

Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Nacional dos de Mayo kerana komplikasi beberapa penyakit selepas dimasukkan ke wad beberapa hari lalu.

Dianggarka­n USD$6,000 (RM25,400) diperlukan untuk membawa jenazah Syzlin berdasarka­n pengurusan jenazah pekerja kapal warga Malaysia yang meninggal dunia di negara terbabit sebelum ini. Jaya di sini, semalam.

Robiah berkata, Shyzlin ada menelefonn­ya dan meminta mengirimka­n wang RM4,000 atau RM5,000 kerana permit dan pasportnya tamat tempoh 21 Julai lalu.

“Saya hanya mampu beri dia RM700, itu pun dia kata tak terima semua wang itu kerana mendakwa ada pihak gereja mengambil sebahagian wang berkenaan. Jadi, saya tidak berani hendak beri dia wang lebih banyak kerana bimbang dia tidak terima wang dikirimkan.

“Kemudian, dia ada beritahu dia rindu mami (Jamilah), tetapi Jamilah sudah meninggal dunia secara mengejut,” katanya.

Robiah berkata, dia menerima berita Shyzlin jatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri.

 ??  ?? ROBIAH (kanan) bersama Faridah ketika ditemui di rumah Allahyarha­m Norabdah di Larkin Jaya, semalam.
ROBIAH (kanan) bersama Faridah ketika ditemui di rumah Allahyarha­m Norabdah di Larkin Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia