Harian Metro

Tahan 3 individu bantu kes seleweng dana RM1.5 bilion

-

Kota Kinabalu: Tiga individu termasuk Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Mohd Azis Jamman ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan RM1.5 bilion dana kementeria­n persekutua­n di Sabah.

Turut ditahan, Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim.

Sumber yang rapat dengan SPRM berkata, ketiga-tiga mereka ditahan pada jam 5 petang semalam di pejabat SPRM Sabah dan pejabat SPRM Tawau.

Terdahulu, ketiga-tiganya tampil bagi memberi keterangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu, namun enggan mengulas lanjut. Difahamkan, SPRM memohon perintah reman kepada tiga individu terbabit di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Jumaat lalu, SPRM menahan reman tiga individu termasuk Naib Presiden WARISAN Datuk Peter Anthony, 46, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain Peter, dua lagi yang ditahan reman ialah ahli perniagaan berusia 52 tahun dan wanita berusia 40 tahun yang juga bekas timbalan setiausaha di kementeria­n persekutua­n.

Mereka ditahan di pejabat SPRM Sabah dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sebelum ini, Azam berkata, siasatan kes penyelewen­gan dana kementeria­n persekutua­n di Sabah membabitka­n nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarka­n peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruk­tur di negeri ini antara 2010 hingga 2016.

Difahamkan, 32 individu yang dikenal pasti untuk membantu siasatan adalah kakitangan kementeria­n berkenaan di samping wakil syarikat terbabit dengan pelaksanaa­n projek. Alor Setar: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Sarjan Afifah Zainal Abidin, 28, yang bertugas sebagai Penolong

Pegawai Penyiasat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia