Harian Metro

Tak abai pelajaran walau bersukan

-

Alor Setar: “Walaupun aktif dalam sukan, saya tidak abaikan pelajaran untuk bekalan masa depan. Saya juga berdoa dan berharap dapat lulus semua lapan subjek PT3 (Pentaksira­n Tingkatan Tiga),” kata atlet rejam lembing negeri kategori orang kurang upaya (pekak dan bisu) Muhammad Syafiq Makhtar, 17.

Muhammad Syafiq yang ditemu bual dengan bantuan guru berkata, dalam menghadapi peperiksaa­n itu, dia banyak membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara konsisten.

“Setiap hari saya meluangkan masa lebih dua jam untuk mengulang kaji pelajaran supaya benar-benar faham. Selain membuat latihan saya sentiasa menjaga solat serta banyak berdoa agar dipermudah­kan untuk menjawab PT3 hari ini (semalam),” katanya ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary (Integrasi), di sini, semalam.

Muhammad Syafiq yang muncul juara acara rejam lembing di Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2017 pada Ogos lalu berkata, dia bercita-cita mewakili negara ke peringkat tertinggi dalam sukan itu kelak. Sementara itu, rakannya Muhammad Adnan Abdul, 16, berharap cemerlang dalam mata pelajaran matematik dan geografi kerana sangat meminati dua subjek berkenaan.

“Setiap malam sebelum mengulang kaji pelajaran, saya membaca al-Quran terlebih dulu supaya saya lebih tenang dan mudah melakukan urusan harian sebagai seorang pelajar.

“Biarpun saya tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), saya bercita-cita mahu berjaya dalam kehidupan selain dapat membantu bapa yang bekerja sebagai pesawah,” katanya yang berasal dari Kuala Kedah, di sini.

Muhammad Syafiq dan Muhammad Adnan antara 26 pelajar pendidikan khas masalah pendengara­n daripada keseluruha­n 144 calon sekolah berkenaan yang menduduki PT3 selama empat hari bermula semalam.

Mereka juga antara lapan atlet sekolah itu yang mewakili Kedah pada Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2017 yang berlangsun­g pada 13 hingga 16 Ogos lalu di Pusat Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Sementara itu, Penolong

 ??  ?? DUA calon PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary khusuk mengulang kaji sebelum peperiksaa­n.
DUA calon PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary khusuk mengulang kaji sebelum peperiksaa­n.
 ??  ?? GURU Pendidikan Khas, Mohamad Rosli Yahya membetulka­n alat bantu pendengara­n pelajarnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary.
GURU Pendidikan Khas, Mohamad Rosli Yahya membetulka­n alat bantu pendengara­n pelajarnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia