Harian Metro

Mangsa kebakaran cekal ambil periksa

-

Kuching: “Hati ibu mana yang sanggup melihat keadaan anaknya yang melecur 86 peratus pada keseluruha­n badan menjalani kehidupan seperti insan normal. Namun saya, perlu kuat untuk membolehka­n Elizabeth juga kuat,” luah M Murni J Muteh, 42.

Dia ialah ibu kepada Elizabeth Elida Edward, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen, di sini, yang menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), bermula semalam.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berdepan detik hitam dalam hidupnya ketika berusia dua tahun, 13 tahun lalu selepas rumah setinggan yang didiami bersama ibu dan dua adik-beradiknya musnah dalam kebakaran pada 1 Ogos 2004.

Lebih menyedihka­n, kebakaran itu bukan saja menyebabka­n hidupnya bertukar 360 darjah, tetapi dia turut kehilangan kakaknya, Ednie Stephenie dan abangnya, Elleary Emenual masing-masing berusia tujuh dan lima tahun.

Kejadian itu menyebabka­n sebahagian besar struktur wajah remaja perempuan yang mesra disapa Girl itu berubah dan perlu ditampal dengan kulit, selain kaki dan tangannya cacat kerana kesan melecur.

Ketika melakukan tinjauan di sekolahnya semalam, Elizabeth kelihatan bersungguh-sungguh menjawab soalan kertas Matematik walaupun terpaksa menggunaka­n dua jari untuk menjawab soalan.

Murni berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, dia terkejut selepas terasa bahang api yang sudah membakar sebahagian besar ‘istana kayu’ yang didiaminya di kawasan setinggan berkenaan.

“Ketika itu, tiada apa yang difikirkan selain hanya menyelamat­kan tiga anak yang nyenyak tidur walaupun terpaksa meredah kebakaran yang mungkin meragut nyawa sendiri.

“Saya sempat menyelamat­kan Elizabeth sebelum dibawa keluar dari rumah, manakala usaha menyelamat­kan dua lagi anak tidak berjaya disebabkan keadaan api yang semakin marak selain struktur rumah yang mulai runtuh satu per satu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori baja untuk menyara keluarga berkata, sehingga kini, lebih 30 pembedahan besar dan kecil mengambil kulit pada bahagian kepala dan badan dengan kos mencecah lebih RM200,000.

Sehingga kini, dia perlu berulang-alik ke Hospital Umum Sarawak (HUS) lima kali seminggu untuk mendapatka­n rawatan susulan terhadap kulit Elizabeth yang memerlukan pemantauan khusus.

“Elizabeth turut menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, kerana mempunyai pakar kulit untuk memantau keadaan kesihatann­ya sehingga pulih sepenuhnya.

“Namun, pada Julai lalu, pakar kulit dari Korea Selatan datang ke HUS sebelum menawarkan rawatan membaiki struktur kulit Elizabeth di Hospital Universiti Hallym Hangang Sacred Heart yang ditaja sepenuhnya Yayasan Kebakaran Hallym selama sebulan,” katanya.

Murni berkata, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup anaknya itu sehingga membolehka­n dia menduduki PT3 walaupun sebelum ini sering tidak ke sekolah kerana masalah pada kulit yang menyebabka­n ia pecah dan bernanah.

 ??  ?? SERAMAI 144 pelajar menduduki PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary. PERSIAPAN akhir dengan membaca buku sebelum memasuki dewan peperiksaa­n Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. PELAJAR cacat penglihata­n, Som...
SERAMAI 144 pelajar menduduki PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary. PERSIAPAN akhir dengan membaca buku sebelum memasuki dewan peperiksaa­n Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. PELAJAR cacat penglihata­n, Som...
 ??  ?? ELIZABETH menduduki peperiksaa­n PT3 di Sekolah SMK Wira Penrissen.
ELIZABETH menduduki peperiksaa­n PT3 di Sekolah SMK Wira Penrissen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia