Harian Metro

Tangguh bedah tonsil hujung tahun ini Hati sunyi sudah terisi

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi Ismail Izzani terpaksa menangguhk­an pembedahan membuang tonsil berikutan banyak undangan persembaha­n sehingga hujung tahun ini.

Ismail, 17, berkata, doktor menyaranka­n dia menjalani pembedahan segera kerana tonsil sudah teruk.

“Selepas berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan untuk menangguhk­an pembedahan ke tahun depan. Ini kerana selepas pembedahan, saya perlu berehat daripada menyanyi selama empat bulan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut penyanyi lagu Sabar dan Demi Kita ini, buat masa ini dia mengambil ubat selain menjaga pemakanan bagi mengelak masalah tonsil kembali.

“Walaupun kesihatan belum berpulih sepenuhnya, saya perlu memenuhi undangan persembaha­n di UiTM Puncak Alam esok (hari ini).

“Saya tidak boleh batalkan kerana sudah bersetuju dengan penganjur sejak bulan lalu. Begitu juga dengan beberapa undangan lain yang akan datang,” katanya.

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 63, tidak menafikan sedang berkawan dengan seseorang dan bakal menjadikan­nya pasangan hidup selepas cukup setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia November tahun lalu.

Jalaluddin berkata, dia mengenali wanita itu melalui Facebook tetapi pertama kali menegurnya untuk mengucapka­n selamat berpuasa pada Ramadan lalu.

“Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu. Rupa-rupanya abang dia rakan baik saya,” katanya.

Jalaluddin bersedia mengahwini wanita berstatus ibu tunggal itu, tetapi mahu menunggu setahun selepas pemergian isterinya.

Jalaludin berkata, bapanya, Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihati­nya untuk berkahwin kerana kasihankan dirinya yang sunyi tanpa teman.

“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini.

“Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan,” katanya.

Wanita berusia 44 tahun itu berasal dari Serkam, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwina­n sebelum ini.

 Jalaluddin sedia kahwini ibu tunggal tetapi perlu tunggu setahun pemergian isteri

 ??  ?? JALALUDDIN
JALALUDDIN
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia