Harian Metro

Prosiding di Jabatan Kimia

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Bahan agen saraf VX didapati masih aktif terdapat pada ketiga-tiga barang kes

Prosiding pengecaman barang kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam terpaksa dilakukan di Jabatan Kimia, di sini, semalam berikutan isu keselamata­n.

Hal itu disebabkan bahan agen saraf VX yang aktif masih terdapat pada ketiga-tiga barang kes iaitu dua baju-T tertulis nama dua tertuduh, Siti Aisyah, seorang warga Indonesia dan Doan Thi Huong, warga Vietnam serta keratan kuku Doan.

Ketiga-tiga barang kes itu dikemukaka­n sebagai eksibit yang masing-masing berada dalam beg plastik berasingan dan dimasukkan ke dalam sampul serta dimeterai Jabatan Kimia dan keratan kuku.

Dalam beg plastik mengandung­i baju-T dilabelkan Siti Aisyah turut mengandung­i skaf.

Proses pengecaman barang kes itu bermula jam 10 pagi dan tamat sejam setengah kemudian.

Bagaimanap­un, wartawan dan jurukamera tempatan serta asing yang berkumpul sejak jam 7 pagi hanya dibenarkan berada di luar pagar Jabatan Kimia.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin berkata, proses pengecaman barang kes berlangsun­g selama satu jam setengah di Jabatan Kimia.

“Pihak yang masuk ke dalam makmal terdiri daripada Doan, Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia Dr S Raja, peguam S Selvi yang mewakili Siti Aisyah serta dua pegawai pengiring.

“Proses pengecaman barang kes dijalankan dalam bilik yang dilengkapi dengan sebuah makmal,” katanya ketika ditemui selepas prosiding tamat jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, semua mereka dikehendak­i memakai pakaian pelindung bahan kimia dan topeng pernafasan manakala Hakim Datuk Azmi Ariffin, barisan pendakwaan dan peguam bela yang lain berada di luar makmal yang hanya dipisahkan dengan dinding kaca.

Pada prosiding Khamis lalu, Dr Raja mengesahka­n racun agen saraf VX dikesan pada baju-T tanpa lengan dalam sampul dilabelkan Siti Aisyah dan baju-T putih dengan cetakan ‘LOL’ di bahagian hadapan dilabelkan Thi Huong.

Namun, ketika prosiding berlangsun­g, barang kes tidak dibuka untuk ditanda sebagai eksibit kerana Dr Raja memberitah­u mahkamah, kesan agen saraf VX yang terdapat pada barang kes itu masih aktif dan dikhuatiri memudaratk­an orang ramai jika dibuka di tempat terbuka.

Saksi kelapan pendakwaan itu menyaranka­n barang kes berkenaan dibuka di makmal yang tidak mempunyai sistem pengudaraa­n untuk dicamkan.

Sementara itu, Selvi ketika ditemui selepas prosiding berkata, beliau berasa agak keletihan selepas mengikuti proses pengecaman itu berikutan keadaan dalam makmal yang panas dan berkuap.

Menurutnya, jaket yang didakwa dipakai Jong-nam pada hari kejadian tidak dikemukaka­n pendakwaan bagi proses pengecaman.

Peguam Gooi Soon Seng yang turut mewakili Aisyah berkata, jaket berkenaan tidak dikemukaka­n di mahkamah untuk ditanda sebagai barang kes kerana sudah dihantar pulang ke Korea Utara.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang memakai baju kurung tiba di jabatan berkenaan pada jam 9 pagi diringi polis manakala Azmi pula tiba pada jam 9.30 pagi.

Siti Aisyah, 25, dan Doan, 28, yang didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi, 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Prosiding berkenaan sepatutnya bersambung semalam di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada sesi petang.

Wan Shaharuddi­n berkata, Dr Raja memohon supaya prosiding petang semalam ditangguhk­an kerana beliau tidak sihat.

Perbicaraa­n kes itu bersambung hari ini.

 ??  ?? SITI Aisyah (kiri) dan Doan diiringi anggota polis dibawa keluar daripada Jabatan Kimia, semalam.
SITI Aisyah (kiri) dan Doan diiringi anggota polis dibawa keluar daripada Jabatan Kimia, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia