Harian Metro

Polis buru saki-baki ahli

-

ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su antara tempoh 1 Januari 2015 sehingga 11 September lalu.

Manakala empat individu lain ialah Zamzuri Aziz, 22, Shamsol Long, 45, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, dan Mohamad Rozaidi Sabu, 26, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah sama antara tempoh 1 Januari 2015 sehingga 13 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) 2012 dan Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Prosiding dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias, sementara seorang tertuduh iaitu Aziz diwakili peguam G Ravi Shankar.

Mahkamah tidak membenarka­n semua tertuduh diikat jamin berikutan kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta SOSMA 2012 dan menetapkan sebutan semula pada 20 November ini.

Harian Metro pada 27 September lalu melaporkan empat

Alor Setar: Polis masih memburu saki-baki ahli Geng Pak Su dan kumpulan lain yang terbabit kegiatan penyeludup­an di sempadan Malaysia-Thailand bagi melumpuhka­n aktiviti jenayah rentas sempadan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, dalam tangkapan terbaru fasa ketiga dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bersama JSJ Bukit Aman, seramai 22 lelaki berusia 20 hingga 40-an yang juga anggota Geng Pak Su ditahan di sekitar Kubang Pasu, kelmarin.

Menurutnya, polis sedang menjalanka­n siasatan untuk melihat sejauh mana pembabitan suspek dalam kegiatan jenayah itu dan mereka akan ditahan selama 28 hari bermula semalam mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Saya ingin memberi peringatan kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan ini. Kami bukan hanya menumpukan kepada Geng Pak Su sahaja, bahkan kumpulan lain yang terbabit sama dalam aktiviti terbabit,” katanya ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Pak Su mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang

yang terbabit dalam kegiatan penyeludup­an termasuk pemerdagan­gan manusia di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sejak dua tahun lalu.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengawal sebahagian daripada 20 yang dipercayai ahli Geng Pak Su selepas mendapat perintah tahanan mengikut SOSMA di Mahkamah Sesyen, semalam.
ANGGOTA polis mengawal sebahagian daripada 20 yang dipercayai ahli Geng Pak Su selepas mendapat perintah tahanan mengikut SOSMA di Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia