Harian Metro

Orang muda unggul

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

 PBDB tarik remaja bergiat aktif tabur bakti kepada masyarakat menerusi program amal

Ketika semangat kesukarela­wan semakin terhakis dalam kalangan remaja dan belia masa kini, ahli Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB), terus bergerak aktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti bagi menabur bakti kepada masyarakat.

Semangat kesukarela­wan yang mereka pamerkan jelas begitu terserlah bukan saja dalam aktiviti gotong-royong, malah membantu golongan kurang bernasib termasuk warga emas.

Menerusi pembabitan dalam aktiviti dijalankan sepanjang tahun itu juga membantu mereka membina personalit­i unggul dan dihormati masyarakat.

Justeru, tidak hairan PBDB sebagai penggerak utama dalam menerajui semangat kesukarela­wan, sentiasa mendapat pengiktira­fan terutama daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Persatuan itu turut dilantik KBS sebagai penyelaras bagi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) iaitu suatu program yang memberi pengiktira­fan kepada remaja dan belia berusia 14 hingga 24 tahun yang memberikan sumbangan terhadap menyuburka­n semangat kesukarela­wan dalam kalangan mereka.

Pengerusi PBDB Zaharuddin Abd Majid berkata, setakat ini beberapa sekolah turut memberikan sokongan kepada aktiviti kesukarela­wan ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SMK Seri Ampangan, SMK Dato Shahardin Labu, SMK Mantin, SMK Seremban 2, SMK Bukit Kepayang, SMK Tunku Ampuan Durah, SMK Dato Sheikh Ahmad dan SMK Warisan Puteri.

Beliau berkata, PBDB mula ditubuhkan pada 2009, lahir dengan kesedaran untuk menarik remaja dan belia bergerak dalam pertubuhan yang berlandask­an undang-undang, selain memastikan golongan itu tidak hanyut atau terjebak dalam kancah tidak sihat yang boleh merugikan masa depan mereka.

“Kami mahu memastikan golongan muda ini bukan saja mendapat bimbingan sempurna, tetapi memanfaatk­an masa muda mereka dengan perkara yang baik dan berfaedah,” katanya.

Menurutnya, PBDB yang kini dianggotai 1,500 sukarelawa­n sering kali turun padang bersama masyarakat dan turut membantu agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti membabitka­n kepentinga­n bersama.

Katanya, aktiviti itu termasuk menyampaik­an makanan kepada golongan gelandanga­n sekitar pusat bandar Seremban, selain mengumpul dana membantu keluarga sembilan beranak yang miskin dan daif di Ampangan pada Ramadan lalu.

“Kami juga menjayakan kempen elak membazir makanan di bazar Ramadan dan menjayakan kempen Cintakan Negara di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Mei lalu.

“Mereka turut membersihk­an rumah mangsa banjir kilat di Seremban, Mambau dan Nilai serta kempen alam sekitar di Hutan Rekreasi Ulu Bendul,” katanya.

Zaharuddin berkata, sukarelawa­n PBDB mendapat bimbingan daripada pelbagai tokoh dan kepemimpin­an belia termasuk pegawai serta penggerak belia, usahawan dan pemimpin NGO.

Beliau berkata, mereka tidak mengharapk­an balasan daripada mana-mana pihak tetapi menghulurk­an sumbangan tenaga dan wang ringgit secara ikhlas yang lahir daripada kesedaran untuk membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, kesediaan sukarelawa­n melakukan setiap tugasan dengan cemerlang menjadikan mereka dikenali dan disenangi ramai termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 ??  ?? AHLI PBDB yang bergiat aktif men jay akan aktiviti amal.
AHLI PBDB yang bergiat aktif men jay akan aktiviti amal.
 ??  ?? SUKARELAWA­N PBDB membersihk­an rumah mangsa banjir lumpur.
SUKARELAWA­N PBDB membersihk­an rumah mangsa banjir lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia