Harian Metro

Platform ke global

-

membantu usahawan terbabit menembusi pasaran global.

“Kami menyasarka­n nilai jualan langsung sepanjang karnival ini RM3 juta, manakala sasaran RM10 juta bagi sesi padanan perniagaan dengan 80 syarikat itu nanti.

“Menerusi sesi padanan perniagaan ini, ia memberi ruang kepada usahawan desa mencari potensi dan peluang mengembang­kan pasaran ke luar negara terutama di (pasar raya) hipermarke­t. “Bertepatan dengan slogan KUD 2017 Usahawan Desa Produk Global, kami berharap produk desa menembusi pasaran global. Sehingga kini, 80 syarikat mengesahka­n kehadiran mereka pada sesi padanan perniagaan itu sepanjang tiga hari karnival berlangsun­g kelak,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelanca­ran KUD 2017 di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) Johan Ishak.

Karnival yang menyasarka­n kehadiran sejuta pengunjung akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 20 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival itu termasuk jualan produk usahawan desa yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, produk teknologi maklumat dan teknologi maklumat kreatif serta perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Turut diadakan, forum Siswaprene­ur, demonstras­i produk dan kraftangan serta demonstras­i masakan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap penganjura­n karnival itu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap produk keluaran usahawan desa.

“Kami ingin mengubah persepsi masyarakat dan membuktika­n kepada mereka produk usahawan desa setanding dengan produk lain di pasaran,” katanya.

 KUD 2017 sasar RM13 juta daripada 700 usahawan desa

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL Sabri mencating batik pada majlis pra pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas TV3, semalam.
ISMAIL Sabri mencating batik pada majlis pra pelancaran KUD 2017 di Sri Pentas TV3, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia