Harian Metro

Zakaria kembali bertugas selepas diarah bercuti

-

Kuala Lumpur: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengumumka­n Datuk Zakaria Arshad akan kembali menjalanka­n tugas sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 16 Oktober ini selepas diarahkan bercuti sejak 6 Jun lalu.

FGV dalam kenyataan berkata, Lembaga Pengarah FGV memaklumka­n siasatan dalaman sudah dijalankan dengan proses yang sepatutnya selaras kehendak Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) yang menghendak­i siasatan dijalankan dengan integriti, semangat kesaksamaa­n dan tadbir urus korporat yang tepat.

Menurutnya, penemuan berhubung siasatan dalaman itu turut dikemukaka­n kepada MKD yang mengambil masa untuk mengkaji sebelum membuat keputusan dan ia selari dengan Artikel 80 Memorandum Tataurus FGV.

“Bagaimanap­un, selepas mengambil kira program transforma­si FGV yang sedang berjalan serta komitmen dan jaminan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam menyelesai­kan hutang lama Safitex Trading LLC, MKD berhasrat membawa kembali Zakaria untuk menerajui Kumpulan FGV,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada 3 Oktober lalu, FGV turut mengumumka­n Ketua Pegawai Kewanganny­a Ahmad Tifli Mohd Talha kembali bertugas mulai 4 Oktober selepas bercuti selama empat bulan.

Pada Jun lalu, empat pegawai diminta mengambil cuti bagi menunggu siasatan domestik berhubung salah laku dalam urusan perniagaan antara anak syarikat kumpulan perladanga­n Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan kongsi perniagaan­nya yang berpusat di Afghanista­n, Safitex Trading LLC.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, beliau bersungguh-sungguh mahu melihat dan membawa kembali syarikat ke peringkat yang lebih baik meskipun berdepan pelbagai cabaran ketika ini.

“Keutamaan saya untuk meningkatk­an prestasi operasi dan kewangan perniagaan teras serta memastikan pertumbuha­n berdaya maju untuk ke hadapan.

“Menjadi antara syarikat perladanga­n kelapa sawit terbesar, FGV mesti mempunyai cita-cita untuk menjadi ketua industri dari segi produktivi­ti dan pulangan kewangan, jadi apa-apa faktor yang menghalang kita daripada mencapai matlamat ini mesti ditangani segera,” katanya.

Malah, pada masa sama, beliau berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan struktur pengurusan yang baru dalam memperkuku­h organisasi dan memberi tumpuan ke arah mencapai perancanga­n strategik FGV.

Sementara itu, Zakaria berkata, beliau komited untuk meneruskan Pelan Strategik 2020 (SP20) untuk memulihkan semula prestasi Kumpulan FGV selari dengan matlamat yang dinyatakan Pengerusi FGV.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih di atas keputusan yang dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) selaku Pemegang Saham Khas Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) untuk mengekalka­n saya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

“Saya komited untuk meneruskan Pelan Strategik 2020 (SP20) untuk memulihkan semula prestasi Kumpulan FGV,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia