Harian Metro

Bukan misi balas dendam

- DARI MUKA R27

Idayu sertai AF Megastar untuk kongsi kemampuan sebagai penyanyi

“Barangkali ilmu yang ditimba ketika zaman belajar membuatkan saya mahir mengenai selok-belok nyanyian.

“Selain itu, suami saya juga antara individu yang akan memastikan dan membantu saya dari segi teknik nyanyian dan cara penyampaik­an sesebuah lagu setiap minggu.

“Suami juga terbabit dengan muzik, jadi dia mempunyai sedikit kepakaran itu dan sama-sama menyumbang idea baru,” katanya.

Sentiasa tampil dengan persembaha­n yang memukau, Idayu menafikan dirinya dalam misi membalas dendam dengan menyertai pertanding­an itu.

Menurut Idayu, dia hanya mahu menggunaka­n peluang beraksi demi mengejar impian yang sudah lama tidak diasah.

“Saya sentiasa tanam dalam diri untuk terus fokus dan menyampaik­an lagu dengan cara terbaik.

“Alhamdulil­lah, rata-rata maklum balas yang diterima adalah positif. Saya harap kehadiran saya ini akan kembali mewarnai industri seni tanah air selain mahu berkongsi kemampuan dengan semua,”katanya.

Idayu juga mengakui bintang lain yang menyertai program terbabit mempunyai kualiti dan kekuatan masing-masing.

“Saya cuak setiap kali melihat persembaha­n semua bintang. Mereka begitu luar biasa ketika menbuat persembaha­n.

“Sampaikan setiap minggu saya akan mencari idea baru supaya lagu yang bakal dinyanyika­n menepati selera penonton,”katanya. -Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia