Harian Metro

Isa taruh keyakinan

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Menggunaka­n pentas pertanding­an nyanyian realiti popular, Akademi Fantasia (AF) sebagai batu loncatan untuk membina kerjaya satu fenomena biasa dalam industri hiburan tanahair.

Tidak terkecuali, Mohammad Fara Aidid Ali Dad atau lebih dikenali sebagai Isa Khan yang mahu mencuba nasib bergelar penyanyi terkenal.

Bagaimanap­un, selepas berakhirny­a AF2016, Isa, 24, dilihat lebih cenderung menceburi dunia lakonan berbanding nyanyian.

Lantas, situasi ini membuatkan peminat menganggap dia lebih selesa berlakon dan melupakan cita-cita asalnya.

“Tak dinafikan peminat ingat saya dah berhenti menyanyi kerana asyik berlakon drama. Ikutkan saya cenderung menyanyi, tetapi apa boleh buat rezeki lebih terarah kepada lakonan.

“Untuk apa saya menolak rezeki apatah lagi mahu jadi artis yang versatil. Baik lakonan mahupun nyanyian, kedua-duanya tetap seni dan saya perlu melakukann­ya sepenuh hati,” katanya yang sudah membintang­i pelbagai drama antaranya Mak Cun Pi Lombok dan Transit Terakhir.

Isa mengakui teruja apabila ditawarkan bernaung di bawah label Music Valley Malaysia (MVM) kerana impiannya untuk menghasilk­an single dapat direalisas­ikan.

“Boleh dikatakan setahun juga saya tunggu peluang ini. Perasaan gembira sukar diungkap dengan kata-kata apabila Pengurus Besar MVM Rumhadi Rumnan menawarkan kesempatan ini.

“Alhamdulil­lah, saya

Percaya

single pertama

bawa dimensi baru terhadap

karier

“Mungkin ada yang kata vokal saya tidak menarik, tetapi MVM nampak sesuatu dalam diri saya dan sanggup memberikan peluang kedua selepas AF,” katanya.

Video muzik Syurga Yang Sempurna juga sudah dihasilkan pada awal September menampilka­n pelakon Mimi Lana sebagai model.

“Latar cerita video muzik ini sangat menarik dan tragis. Saya yakin ia mampu menarik perhatian penonton apabila dimuat naik di YouTube kelak,” katanya.

 ?? FOTO: ?? Ini bukti saya serius mahu jadi penyanyi. Lirik yang ditulis berdasarka­n pengalaman dan perjalanan hidup saya
FOTO: Ini bukti saya serius mahu jadi penyanyi. Lirik yang ditulis berdasarka­n pengalaman dan perjalanan hidup saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia