Harian Metro

Bukan sekadar penyanyi, pemuzik

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Manhunt Malaysia 2017 cari bakat miliki kualiti seorang bintang

Universal Music Malaysia melangkah setapak lagi apabila mengambil pendekatan berbeza merekrut bakat baru menerusi pertanding­an Manhunt Malaysia 2017.

Berkonsepk­an ‘male pageant’, program anjuran bersama agensi bakat Beam Artises dari Singapura itu buat pertama kali diadakan di Malaysia.

Bukan sekadar penyanyi atau pemuzik, Universal melihat kepada skop yang lebih besar seperti bakat pengacaraa­n, lakonan dan pelawak.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura Kenny Ong berkata, pendekatan itu diambil sebagai transisi baru untuk syarikat rakaman itu.

“Bukan saja Universal Music Malaysia tetapi Universal Music seluruh dunia kini bukan sekadar mencari penyanyi sematamata. Sebaliknya kami ada idea lain untuk mencari bakat yang bukan sekadar boleh menyanyi tetapi mampu membawa pengaruh besar.

“Kami mahukan bakat yang memiliki kualiti seorang bintang. Disebabkan itu, kami sentiasa mencari platform pada satu tahap tertentu dan pertanding­an Manhunt Malaysia 2017 adalah yang paling tepat.

“Kami sangat bangga dapat bekerjasam­a dalam projek ini kerana ia sesuatu yang sangat berbeza,” katanya.

Pertanding­an berkenaan yang pertama kali diadakan di Malaysia sebenarnya sudah diadakan sejak 29 tahun lalu di peringkat antarabang­sa.

Memartabat­kan lelaki sebagai ‘role model’, ia bukan sekadar pencarian lelaki tampan semata-mata.

Menurut Pengarah Kebangsaan Beam Artises Singapura Samuel Seow, pertanding­an berkenaan kini diangkat ke tahap lebih tinggi dan bertujuan mencari bintang.

“Tahun depan Manhunt akan meraikan ulang tahun ke-30 dan saya rasa ia masa yang tepat untuk mengadakan­nya di Malaysia pula. Lagipun, permintaan untuk menganjurk­annya di sini sangat tinggi.

“Hala tuju pertanding­an ini sudah berubah apabila kami mencari jejaka yang berpotensi menjadi seorang bintang. Bukan sekadar berbadan cantik dan bijak bercakap tetapi lebih daripada itu.

“Perubahan mereka akan dapat disaksikan sendiri pengikut pertanding­an ini sejak uji bakat lagi. Banyak aspek dititikber­atkan termasuk penjagaan badan, kulit, cara berkomunik­asi dan aura itu sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, Kenny dan Samuel turut menjadi juri kepada prapenjuri­an 16 peserta bertanding. Setiap peserta diadili menerusi aspek komunikasi, soal jawab, fizikal dan bakat.

Turut berada di meja juri adalah penyanyi terkenal Ning Baizura dan pemenang Manhunt Singapura 2015 iaitu Fuad Al-Hakim.

Peringkat akhir Manhunt Malaysia bakal berlangsun­g pada 15 November ini. Pemenangny­a juga akan mewakili Malaysia di peringkat antarabang­sa pada November nanti di Bangkok, Thailand.

 ?? FOTO ?? ENAM belas finalis yang bakal berentap merebut
gelaran Manhunt Malaysia 2017.
FOTO ENAM belas finalis yang bakal berentap merebut gelaran Manhunt Malaysia 2017.
 ??  ?? ONG
ONG
 ??  ?? SEOW
SEOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia