Harian Metro

Saksi pembanguna­n masa depan

-

Setiap model bangunan diperlihat­kan adalah berskala 1:1500 daripada saiz asal

Ditubuhkan atas dasar cintakan budaya dan komitmen ‘menghidupk­an warisan’, Kuala Lumpur City Gallery membuka mata setiap pengunjung untuk melihat sendiri pembanguna­n sekali gus membuatkan pengunjung terutama warga Kuala Lumpur akan lebih menghargai kota metropolit­an yang cukup gah di mata dunia ini.

Menjadikan bangunan bersejarah yang dibina pada 1898 dengan inspirasi rekaan Moghul-India sebagai ‘rumah’, ‘Old KL’ menerusi kapsul masa membawa anda kembali ke masa lampau.

Di sini, pengunjung boleh melihat Kuala Lumpur pada zaman silam menerusi cetakan, gambar dan model seni bina mini tiga dimensi (3D).

Selesai melalui kapsul masa, tingkat dua bangunan yang berusia

119 tahun ini menanti dengan sesuatu yang cukup menakjubka­n iaitu ‘Kuala Lumpur City Model’.

Menerusi tayangan video ‘The Spectacula­r City Model Show’ selama lapan minit, pengunjung akan diberikan pelbagai maklumat mengenai Malaysia selain berpeluang melihat keseluruha­n bandar raya Kuala Lumpur lengkap dengan setiap bangunan, rumah dan apa juga pembanguna­n yang ada menerusi model yang cukup unik.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang melihat pembanguna­n masa kini dan akan datang di Kuala Lumpur terutama bangunan pencakar langit. Setiap model bangunan yang diperlihat­kan ini adalah berskala 1:1500 daripada saiz asal setiap bangunan.

Menambahka­n keterujaan pengunjung dan tarikan terbaru di Kuala Lumpur City Gallery, KL Reflection atau Fefleksi

KL, berswafoto dengan sembilan pameran bandar menakjubka­n berdasarka­n formasi, garisan dan bentuk yang diilhamkan oleh pengasas ARCH Andrew Lee meninggalk­an kenangan terindah.

Kembali ke tingkat bawah bangunan, Model Diorama Dataran Merdeka 3D lama yang dibuat menggunaka­n kayu memperliha­tkan keadaan sekitar kawasan itu satu ketika dahulu. Apa yang pasti, ia sangat berbeza dengan sekarang.

Pameran bermusim dan pameran batik kekal yang dibuat di luar bangunan ini juga antara yang menarik untuk dilihat.

Di ruangan ‘The Making of Arch’, pengunjung dapat melihat sendiri kepakaran setiap pekerja berpengala­man menghasilk­an cenderamat­a yang diperbuat daripada kayu.

Menambahka­n keseronoka­n, peluang menghasilk­an sendiri cenderahat­i yang akan dibawa pulang di bengkel ARCH D-I-Y pasti membuatkan pengunjung pulang dengan senyuman.

Sebelum pulang, jangan lupa singgah di kedai barangan cenderamat­a di ARCH Kuala Lumpur Gift

Shop dan menikmati makanan tradisiona­l Malaysia yang disediakan di ARCH

Cafe sebagai pelengkap kunjungan.

Menariknya, semua makanan yang disajikan di ARCH Cafe disediakan menggunaka­n resipi buatan sendiri dalam suasana kafe yang menyenangk­an dengan perabot lama bagai mengimbau kenangan lama.

Antara yang ‘mesti’ dicuba adalah lempeng dan kek durian berbentuk buah durian yang sememangny­a kaya dengan isi durian Musang King.

Muzium ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang. RM10 dikenakan kepada setiap pengunjung. Bagaimanap­un, di akhir lawatan, pengunjung boleh menebus kembali RM5 yang boleh digunakan di kedai cenderamat­a atau ARCH Cafe.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang www. klcitygall­ery.com.my. -Suliati Asri

 ??  ?? MODEL bandar raya Kuala Lumpur dengan skala 1:1500
yang cukup mengujakan.
MODEL bandar raya Kuala Lumpur dengan skala 1:1500 yang cukup mengujakan.
 ??  ?? KERATAN akhbar dan gambar lama Kuala Lumpur yang menarik untuk
dilihat.
KERATAN akhbar dan gambar lama Kuala Lumpur yang menarik untuk dilihat.
 ??  ?? VIDEO menarik dan lampu berwarna-warni saat penerangan mengenai Kuala Lumpur menggamit perhatian pengunjung.
VIDEO menarik dan lampu berwarna-warni saat penerangan mengenai Kuala Lumpur menggamit perhatian pengunjung.
 ??  ?? ANTARA koleksi menarik yang dipamer di Fefleksi KL berdasarka­n formasi, garisan dan bentuk yang menakjubka­n.
ANTARA koleksi menarik yang dipamer di Fefleksi KL berdasarka­n formasi, garisan dan bentuk yang menakjubka­n.
 ??  ?? HIDANGAN menarik lempeng dan kek durian yang mesti dirasa di ARCH Cafe.
HIDANGAN menarik lempeng dan kek durian yang mesti dirasa di ARCH Cafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia