Harian Metro

Rujukan peminat dari semasa ke semasa

-

supaya melihat lebih jauh mengenai drama yang ditonton di luar ruang pandangan orang lain.

“Malah ia juga melatih keterbukaa­n menerima kritikan bagi setiap drama dipilih supaya memenuhi cita rasa sesetengah mereka yang menontonny­a,” katanya.

Penilaian dilakukan secara sistematik tanpa prejudis oleh majlis pengkritik yang ditubuhkan setiap tahun. Usaha ini diteruskan setiap tahun bermula 2012 sehinggala­h 2016 (kali ke-5).

Jelasnya, dia selaku orang bertanggun­gjawab menganjurk­an anugerah kritik itu yakin model digunakan untuk penilaian drama berkenaan adalah yang terbaik dan relevan.

Ia perlu memenuhi jiwa penonton Malaysia kerana bukan saja mereka menyumbang, tetapi juga berhak menentukan pemenangny­a sendiri.

Setakat ini, anugerah yang pada mulanya dikenali pengguna forum kini berkembang di ruang media sosial dan akhirnya mendapat liputan di media cetak dan digital.

“Namun, penganjura­n di laman forum saja tidak memadai. Kami terfikir adakah perlunya sebuah kelab. Idea ini asalnya terlintas sekitar 29 hingga 30 Julai 2016 selepas mengamati kelab peminat drama Korea yang berpangkal­an di London.

“Berinspira­sikan kelab berkenaan, matlamat kami hampir sama. Pengguna forum paling senior iaitu Winnie

George yang mesra disapa Isabel dalam kalangan ‘forumer’ menggesa saya menghimpun­kan ahli baru untuk mempercepa­tkan pendaftara­n kelab.

“Walaupun agak tergesages­a, tidak disangka mereka juga mahu disatukan dalam kelab. Seminggu kemudian, kami kali pertama bermesyuar­at untuk memudahkan laluan bagi mendaftark­an kelab ini,” katanya.

Jelasnya, nama ‘KMania’ dicetuskan oleh Isabel dan dipersetuj­ui majoriti ahli kelab, K merujuk kepada Korea dan mania pula sesuatu yang sensasi.

Maksud lain KMania ialah Kelab Pengkritik dan Peminat Korea SeMalaysia. Ia bukan sekadar kelab peminat, tetapi juga sebagai ruang kritikan terhadap drama yang menepati matlamat asal iaitu

 ??  ?? KELAB dipilih sebagai wakil ‘Wow Pyeongchan­g Supporter’ anjuran Organisasi Pelanconga­n Korea (KTO).
KELAB dipilih sebagai wakil ‘Wow Pyeongchan­g Supporter’ anjuran Organisasi Pelanconga­n Korea (KTO).
 ??  ??
 ??  ?? WINNIE
WINNIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia