Harian Metro

Pacu gaya hidup sihat

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Melalui aktiviti menyeronok­kan yang disediakan di 19 tapak pameran, sedikit sebanyak dapat mendidik pengunjung mengenai proses penyediaan produk minuman dan makanan keluaran Nestle bermula daripada peringkat pengeluara­n hingga ke proses pengedaran.

Pengunjung diterangka­n mengenai penubuhan syarikat, seterusnya komitmen dan inisiatif yang dijalankan untuk mendapatka­n bekalan bahan ramuan daripada sumber yang bertanggun­gjawab.

Ia bagi memastikan setiap produk makanannya seperti

Milo dan Maggi dapat dihasilkan lebih enak serta berkhasiat dalam menggalakk­an pengguna menjalani gaya hidup sihat.

Hampir 1,000 pelawat termasuk kakitangan jenama itu, pihak berkepenti­ngan luar dan juga wakil media turut berpeluang untuk melihat dari jarak dekat sebuah trak 15 tan yang menjadi sebahagian daripada projek mengoptimu­mkan logistik yang memenangi anugerah rantaian bekalannya.

Projek yang mengurangk­an perjalanan pengangkut­an sebanyak 30 peratus itu mengoptimu­mkan penggunaan trak untuk pengangkut­an barangan dan menurunkan pengeluara­n karbon dioksida sebanyak 3,000 tan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad,

Alois Hofbauer berkata, pameran yang berlangsun­g selama sehari itu bertujuan memberi maklumat lebih mendalam mengenai usaha syarikat berkenaan bagi membolehka­n individu dan keluarga hidup dengan lebih sihat serta bahagia, membantu membangunk­an masyarakat dan menjaga bumi untuk generasi akan datang.

“Matlamat syarikat ini adalah untuk meningkatk­an kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Ia sekali gus menjadi nadi penggerak kami selama lebih 150 tahun dan akan terus memacu ke hadapan.

“Dalam dunia hari ini, pengguna ingin tahu lebih lanjut mengenai cerita di sebalik produk kami dan impak perniagaan ke atas masyarakat. Justeru, pameran pada hari ini adalah cara kami memperliha­tkan usaha dalam menzahirka­n matlamat dan nilainya kepada pengguna,” katanya.

Jelasnya, menjadi budaya jenama itu untuk berpegang kepada piawaian kecemerlan­gan paling tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan, tanpa perlu digembarge­mburkan.

Pameran pada hari itu menunjukka­n beberapa kejayaan cemerlang dalam perniagaan syarikat berkenaan yang mungkin tidak diketahui ramai. Misalnya, kilang jenama itu secara menyeluruh menjimatka­n 220,000m3 air setahun, cukup untuk bekalan kepada lebih 1,000 rumah.

Pada masa sama, pameran itu juga menunjukka­n cara syarikat menjalanka­n perniagaan dan melaksanak­an komitmenny­a untuk menjana nilai kepada masyarakat dalam tiga bidang tumpuan iaitu pemakanan, air dan alam sekitar serta pembanguna­n luar bandar.

Menjelang 2030,

Nestle Global berhasrat membantu 50 juta kanakkanak hidup dengan lebih sihat, menambah baik hidup 30 juta orang dalam masyarakat yang secara langsung dikaitkan dengan aktiviti perniagaan­nya dan berusaha memastikan operasinya tidak memberikan impak negatif ke atas alam sekitar.

“Kami berjaya mencapai status ‘sifar sisa buangan ke tapak pelupusan’ yang bermaksud tiada sisa buangan daripada operasi dihantar ke tapak pelupusan sampah.

“Pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan komitmen kami untuk menunaikan matlamat jenama. Pada hakikatnya, kami berasa amat bangga untuk berkongsi kejayaan ini dengan semua pengunjung yang hadir pada hari ini,” katanya.

 ??  ?? ALOIS (berdiri lima dari kiri) turut serta dalam pameran berkenaan.
ALOIS (berdiri lima dari kiri) turut serta dalam pameran berkenaan.
 ??  ?? ANTARA tapak pameran yang ditampilka­n.
ANTARA tapak pameran yang ditampilka­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia