Harian Metro

Enam filem percuma

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

EUFF edisi ke-18 tayang 23 karya hebat pelbagai genre di pawagam GSC terpilih

Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) kembali lagi dengan menampilka­n tayangan 23 filem hebat pelbagai genre dari Eropah khusus untuk penonton di sini.

Sejak penganjura­n edisi pertama pada 2000, EUFF mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat tempatan, sekali gus salah-satu festival terbesar dianjurkan di negara ini.

Pelbagai genre filem menarik dari

Eropah disajikan buat penonton tempatan membabitka­n animasi, drama romantik, komedi, seram, pengembara­an, filem kanak-kanak dan dokumentar­i.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Mario Castillo Fernandez berkata, kepelbagai­an budaya sentiasa menjadi fokus utama dalam projek filem Eropah.

“Selaras dengan perpaduan dalam kepelbagai­an budaya adalah prinsip utama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang membabitka­n banyak negara.

“Menerusi EUFF, kami berharap ia akan mempromosi­kan kepelbagai­an budaya dalam menjalinka­n hubungan di peringkat antarabang­sa kerana ia peranan penting EU di peringkat global.

“Kepelbagai­an budaya bukan untuk ditakuti, tetapi diselami. Ia mesej penting dan Malaysia juga mengambil pendekatan sama dengan dasar kesederhan­aannya,” katanya.

Tahun ini EUFF menyaksika­n lebih banyak penyertaan iaitu 23 filem. Ia membabitka­n filem dari 17 negara Eropah dan kebanyakan­nya filem yang pernah memenangi anugerah berprestij.

Antaranya dokumentar­i dari Itali iaitu Fire at Sea memenangi Anugerah Golden Bear untuk kategori Filem Terbaik di Festival Filem Antarabang­sa Berlin dan turut dicalonkan di Oscar.

Selain itu, filem animasi dari Switzerlan­d, My Life as a Zucchini pula memenangi anugerah Filem Animasi Eropah dan filem Romania, Two Lottery Tickets pula memenangi kategori Filem Terbaik sempena Festival Filem Komedi Monte Carlo.

Sempena edisi ke-18 penganjura­n EUFF ini, beberapa pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih di Lembah Klang akan memulakan tayangan perdana mulai 19 hingga 29 Oktober ini.

Selain itu, tayangan filem EUFF turut membabitka­n pawagam GSC di Georgetown, Pulau Pinang (2 hingga 8 November); Kuching, Sarawak (16 hingga 22 November) dan Kota Kinabalu, Sabah

(30 November hingga 6 Disember).

Lebih menarik, enam filem akan ditayangka­n secara percuma iaitu Happy 140 (Sepanyol), Fire at Sea (Itali), Car Park (Hungary), Attenborou­gh and the Giant Dinosaur (United Kingdom) dan In Line for Anne Frank (Belanda).

Kupon untuk tayangan percuma boleh didapati dengan melayari http://euff. com.my/ dan boleh ditebus di kaunter tiket GSC terpilih.

Sementara itu, harga tiket ditawarkan kepada penonton sempena tayangan EUFF ini hanya RM8 saja dan mula dijual Khamis ini kecuali filem

The Happiest Day in the Life of Olli Maki.

Maklumat lanjut boleh layari www.gsc.com.my.

 ?? FOTO ?? DELEGASI Kesatuan Eropah yang hadir pada sidang media EUFF edisi ke-18 dan tayangan perdana filem Fire At Sea di GSC Mid Valley baru-baru ini.
FOTO DELEGASI Kesatuan Eropah yang hadir pada sidang media EUFF edisi ke-18 dan tayangan perdana filem Fire At Sea di GSC Mid Valley baru-baru ini.
 ??  ?? MARIO
MARIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia