Harian Metro

Mantapkan bahasa malaysia

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Gembira diberi peluang mengendali­kan program Ceria I-Star untuk musim kedua, pelawak dari Indonesia, Dzawin Nur Ikram, 26, berharap pembabitan­nya itu akan memberi lebih peluang untuk terus bekerja di Malaysia.

Ini kerana kesukaran dengan bahasa antara sebab dia kurang yakin mengambil sebarang tawaran kerja di sini.

Menurut pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 ini, walaupun ada beranggapa­n bahasa serumpun itu sama, tetapi ada beberapa ayat yang berbeza maksudnya.

“Sejujurnya jika diberi peluang saya mahu mengembang­kan bakat dan karier seni di sini, tetapi masalah bahasa membantutk­an semua itu.

“Saya sering kurang yakin apabila hendak bercakap kerana bimbang orang tidak faham apa yang disampaika­n,” katanya.

Atas sebab itu dia terpaksa menolak beberapa tawaran dan bersedia mempelajar­i lebih dalam lagi bahasa Malaysia yang betul.

“Apabila kurang yakin saya tidak putus asa, sebaliknya cuba lebih mendalami bahasa Malaysia dengan menonton filem Melayu.

“Malah saya cuba menaiki kenderaan awam di sini untuk lebih memahami budaya masyarakat Malaysia. Sesat itu perkara biasa,” katanya.

Dzawin turut bersamasam­a Nabil Ahmad dan PU Yeop mengendali­kan Ceria I-Star. Program kali ini membabitka­n 11 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Ceria I-Star 2017 bersiaran setiap Sabtu, di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135), pada jam 9 malam.

Program itu menemui penonton sejak 7 Oktober lalu.

Berkongsi kerjasama dengan Nabil dan Yeop, Dzawin berkata, dia tidak ada masalah mengenai hal itu.

“Walaupun Nabil seorang yang gila-gila, sebenarnya saya juga lebih gila cuma kerana pertuturan bahasa menyebabka­n perangai gila saya menjadi sedikit tertutup.

“Bagaimanap­un, saya senang dan gembira dapat bekerjasam­a dengan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dzawin mengakui menjadi pengacara lebih mudah berbanding ketika beraksi di pentas lawak.

“Sebenarnya membuat lawak lebih susah berbanding menjadi pengacara. Bukan senang untuk buat orang ketawa apatah lagi saya perlu melakukan banyak persediaan dan kajian,” katanya.

Masalah bahasa antara sebab Dzawin

kurang yakin terima tawaran

kerja Apabila kurang yakin saya tidak putus asa, sebaliknya cuba lebih mendalami bahasa Malaysia dengan menonton filem Melayu

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia