Harian Metro

Penonton sporting konsert ‘happening’

-

Meski penjualan tiket Konsert Soundtrack

Ippo Hafiz 2017 yang berlangsun­g Jumaat lalu terjual 50 peratus sahaja, suasana konsert itu seperti dihadiri 3,000 penonton.

Sepanjang satu jam 30 minit persembaha­n, penonton yang hadir dianggarka­n lebih 1,000 turut menyanyi bersama dari awal sehingga tamat persembaha­n.

Perkara itu membuatkan Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz,

28, berasa terharu dan bangga apabila lagu ciptaannya dekat di hati pendengar.

“Ada syarikat yang membeli tiket dengan jumlah banyak tidak datang. Disebabkan itu kehadiran penonton kurang. Penonton yang datang pula boleh dikatakan peminat saya. Malah, sorakan mereka membuatkan saya dan semua penyanyi lebih bersemanga­t.

“Diakui peminat tahu lagu saya menerusi drama. Kebetulan semua drama yang menggunaka­n lagu saya sebagai lagu tema adalah drama popular dan mendapat sambutan penonton di kaca TV. Sedikit sebanyak ia memperkena­lkan lagi lagu saya.

“Apabila penonton yang hadir turut menyanyi bersama, bagi saya ia satu penghargaa­n. Bukan mudah nak dapat situasi sebegini dalam konsert. Saya menjangkak­an hanya beberapa lagu saja diminati, tetapi mereka tahu semua,” katanya.

Ippo berpuas hati apabila konsert yang dirancang sejak April lalu itu berlangsun­g dengan jaya dan lancar.

“Walaupun hanya menyanyika­n Enam lagu, saya tetap puas hati. Kepuasan lahir saat melihat penonton begitu ‘sporting’ dan ‘happening’. Apa yang penting, saya ingin orang buka mata dengan konsert ini.

“Diharap beberapa siri konsert yang dirancang tahun depan mendapat sambutan dan ada penaja. Sekiranya terdapat penajaan, saya merancang buat di lokasi besar. Jika tidak, saya buat di tempat berkapasit­i kecil.

“Faktor utama konsert ini kurang mendapat sambutan disebabkan kurangnya publisiti dan promosi. Pada awalnya ada pihak yang dilantik untuk menguruska­n perkara ini, tetapi tidak ada sebarang perkembang­an,” katanya.

Konsert yang berlangsun­g di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menampilka­n 11 penyanyi termasuk

Ippo dan penampilan istimewa pelakon Mira Filzah.

Penyanyi terbabit terdiri daripada Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Irfan Haris, Ronnie Hussien, Syed Shamim, Deen Asimi,

 ??  ?? KEJUTAN hari jadi untuk Ippo selepas konsert.
KEJUTAN hari jadi untuk Ippo selepas konsert.
 ??  ?? RONNIE ingin bekerjasam­a dengan Ippo lagi.
RONNIE ingin bekerjasam­a dengan Ippo lagi.
 ??  ?? PENONTON sporting sehingga tamat persembaha­n.
PENONTON sporting sehingga tamat persembaha­n.
 ??  ?? TAJUL teruja menyanyika­n lagu Pesan.
TAJUL teruja menyanyika­n lagu Pesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia