Harian Metro

Sulit dekat dengan pendengar

-

LAGU:

PENYANYI: KOMPOSER:

LIRIK:

TERBITAN & EDARAN:

Berbeza dengan dua single sebelum ini, Sulit menyajikan muzik lebih segar dengan genre balada progresif, sekali gus menarik minat pendengar muda seusia Aman.

Dari segi susunan melodi, kemampuan komposerny­a Asfan tidak perlu diragui. Pernah menghasilk­an lagu-lagu popular, Sulit juga tidak terlepas untuk mendapat sentuhan khas Asfan yang unik.

Dari segi jalan cerita, Sulit berkisar mengenai perpisahan dan menurut Aman, kisah yang disampaika­n sangat dekat dengan dirinya.

“Saya yakin semua orang pernah melalui saat-saat sukar dalam percintaan dan putus cinta. Sebab itu Sulit sangat dekat dengan pendengar,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai kisah di sebalik lagu ini Aman ada interpreta­sinya sendiri.

“Ia mengisahka­n mengenai lelaki yang tidak mampu meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan bekas kekasihnya.

“Walaupun dia tahu bekas kekasihnya itu kini sudah menemui cinta lain, hatinya masih terluka dan terus berharap agar mereka akan kembali bersatu,” katanya.

Ditanya mengenai video muzik, Aman memilih untuk sekadar mempromosi­kan Sulit bersama video liriknya.

“Syarikat rakaman yang saya bernaung sekarang masih baru. Jadi, rasanya untuk single ini saya fokus kepada video lirik dan untuk single keempat yang akan keluar pada tahun depan, barulah akan dihasilkan muzik video,” katanya.

Single ketiga Aman dapat reaksi positif

peminat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia