Harian Metro

Pesan ambil skrol

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Ibu sebak ambil ijazah arwah anak meninggal akibat kencing tikus

Pada April lalu, seorang penuntut lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestaria­n), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berpesan kepada ibunya supaya mengambil skrol ijazah bagi pihaknya pada majlis konvokesye­n ini.

Ketika itu, Muhammad Zahin Shahidan, 23, terlantar sakit akibat kencing tikus dan berpesan kepada ibunya Nuriah Mat Yusof, 50, secara tiba-tiba dalam nada yang dianggap gurauan oleh seluruh ahli keluarga mereka.

Bagaimanap­un, sebulan kemudian, pemuda itu menghembus­kan nafas terakhir selepas lama bertarung dengan penyakit terbabit. Semalam, Nuriah mewakili arwah anak kesayangan­nya itu untuk mengambil skrol berkenaan yang disampaika­n Canselor UMK Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Nuriah berasal dari Kedah berkata, saat menaiki pentas untuk mengambil skrol itu, dia terkenangk­an Muhammad Zahin dan kata-katanya sebelum ini.

“Dia kata ‘nanti masa konvo (konvokesye­n), mama naiklah (pentas) ya’. Ketika saya naik tadi, saya sangat sebak apabila pengacara majlis menyebut nama anak.

“Saya terus terkenangk­an dia dan kata-katanya sebulan sebelum dia meninggal dunia. Ketika itu, kami sekeluarga fikir dia hanya bergurau

dan beritahu mahu berehat panjang selepas konvokesye­n.

“Pemergiann­ya sangat dirasai kami sekeluarga. Tetapi,

kami reda dengan ketentuan Ilahi ini,” katanya selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UMK Ke-7 di Kampus Kota UMK yang

bermula semalam hingga Khamis.

Arwah Muhammad Zahin, seorang daripada 2,461 graduan UMK yang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda.

Mengimbas kehilangan Muhammad Zahin, Nuriah berkata, anak kedua daripada empat beradik itu diserang demam seminggu pada Mei lalu.

“Pada mulanya kami membawa dia ke klinik berhampira­n sebelum dirujuk ke Hospital Jitra. Doktor beritahu anak saya mengalami masalah paru-paru dan dia dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

“Beberapa hari dirawat, anak saya meninggal dunia dan doktor syak ia berpunca daripada kencing tikus. Pada awal tahun, dia menjalani latihan industri di sebuah syarikat dan dipercayai mandi di kawasan air terjun sebelum demam,” katanya.

Turut mewakilkan ibu (Mahani Mustafa, 44) untuk menerima ijazah ialah Che Susmaliza Che Kamarudin, 23, yang meninggal dunia akibat masalah jantung dan buah pinggang, Julai lalu.

Che Kamarudin Che Jaafar, 49, bapa Allahyarha­m Che Susmaliza yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) berkata, dia sebak apabila melihat graduan lain berpakaian cantik dan menerima anugerah masing-masing pada majlis konvokesye­n itu.

“Siapa tidak sedih kerana kami juga berangan-angan nak raikan majlis anak sulung tetapi apakan daya. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya,” katanya.

 ??  ?? NURIAH dan suami, Shahidan Abdul Razak menunjukka­n gambar arwah anak mereka, Muhammad Zahin serta ijazah yang diterimany­a selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UMK Kali Ke-7, semalam.
NURIAH dan suami, Shahidan Abdul Razak menunjukka­n gambar arwah anak mereka, Muhammad Zahin serta ijazah yang diterimany­a selepas Majlis Istiadat Konvokesye­n UMK Kali Ke-7, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia