Harian Metro

Realisasi impian 4 tahun lalu

-

Permatang Pauh: “Kalau tidak susah sekarang, tidak akan senang pada masa hadapan,” kata Siti Adayu Nasharidan, 22, yang menerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik & Kokurikulu­m bagi sesi Jun 2016 sempena majlis Konvokesye­n Politeknik Seberang Perai (PSP) ke-17, di sini, semalam.

Graduan Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Tekstil Industri) yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata, dia tidak menyangka berjaya menerima anugerah amat diimpikann­ya sejak kali pertama melangkah masuk ke PSP, empat tahun lalu.

Menurutnya, sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga dan kehidupan agak sederhana, dia ‘memasang’ niat, azam serta bertekad untuk menyarung selendang anugerah terbabit.

“Saya bercita-cita menjadi pensyarah atau ahli perniagaan dan turut memasang niat menghantar kedua ibu bapa menunaikan umrah atau haji sebelum mencecah usia 30 tahun,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Majlis konvokesye­n berkenaan dirasmikan Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Datuk Mohd Razali Hussain.

Sementara itu, Anugerah Khas diberikan kepada Allahyarha­m Yunus Ahmed Fauzi yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan pada 23 Januari lalu.

Anugerah berkenaan diterima ibu bapa arwah yang juga pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturca­raan).

Sementara itu, penerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik & Kokurikulu­m bagi sesi Disember 2016 Muhammad Hazwan Mohd Ariff, 21, berkata, dia kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an Elektronik (Telekomuni­kasi) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.

Sementara itu, Pengarah PSP Zulkifli Ariffin berkata, 1,447 graduan menerima diploma pada majlis konvokesye­n bertemakan ‘Graduan Inovatif Pemangkin Kejayaan Industri’ pada tahun ini.

 ??  ?? MOHD Razali (kiri) bersama Zulkifli mengucapka­n tahniah kepada graduan terbaik, Muhammad Hazwan dan Siti Adayu.
MOHD Razali (kiri) bersama Zulkifli mengucapka­n tahniah kepada graduan terbaik, Muhammad Hazwan dan Siti Adayu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia