Harian Metro

Fasa kedua Prab tumpu Lembah Klang, utara

-

Kuala Lumpur: Fasa kedua Program Sistem Amaran Awal Banjir (Prab), akan menumpukan kawasan Lembah Klang dan utara Semenanjun­g terutama Kedah dan Pulau Pinang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Prab dapat meramal banjir dalam tempoh dua hari lebih awal dengan ketepatan lebih 90 peratus dan pada masa ini, fasa pertama dilaksanak­an di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Sebanyak 350 stesen hidrologi giat dipasang di kawasan lembangan sungai negeri terbabit bagi membolehka­n sistem berkenaan beroperasi untuk fasa pertama

“Bagaimanap­un, data baru taburan hujan sedang dikumpul dan akan diperoleh penghujung November ini bagi menentukan lokasi sesuai untuk pelaksanaa­n Prab fasa kedua,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Geologi Kebangsaan ke-30 dan sambutan ulang tahun ke-50 Persatuan Geologi Malaysia (GSM) di sini, semalam.

Hadir sama dalam persidanga­n bertemakan Geosains untuk Kelestaria­n Masa Depan ialah Presiden GSM Abd Rasid Jaapar.

Beliau berkata, jumlah perbelanja­an untuk fasa kedua hanya akan diumumkan dalam Bajet 2018 akhir bulan ini.

“Kami sudah memohon RM560 juta untuk pelaksanaa­n fasa kedua Prab yang berpusat di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya sambil berkata, Prab di tiga negeri fasa pertama dijangka siap sepenuhnya dan dilancarka­n tahun depan tetapi sudah boleh beroperasi mulai November ini.

 ??  ?? WAN Junaidi
WAN Junaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia