Harian Metro

Jangkitan beguk terkawal

- Hayati Ibrahim am@hmetro.com.my

 Semua murid dijangkiti sudah dikuaranti­nkan

Mereka sudah tidak berhubunga­n dengan murid lain

Roani

Situasi penyakit mumps atau beguk yang berlaku di tiga sekolah di Presint 11, di sini, berada dalam keadaan terkawal dan semua murid yang dijangkiti sudah dikuaranti­nkan bagi mengelakka­nnya daripada menular.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Putrajaya (JPWP) Roani Jaafar berkata, sehingga kini terdapat 17 kes yang dikesan iaitu masing-masing lapan kes di Se- kolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) (SKPP 11 (1), enam di SKPP 11 (2) dan tiga di SKPP 11 (3).

“Setakat ini situasi terkawal kerana murid yang dijangkiti sudah dikuaranti­nkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu, jadi mereka sudah tidak berhubunga­n dengan murid lain.

“Pada masa sama, Jabatan Pendidikan dan Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutua­n juga sudah mengadakan taklimat kepada semua pentadbir sekolah di seluruh Putrajaya pada 5 Oktober lalu berkaitan penyakit ini dan langkah pemcegahan­nya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEERS) Sehari@Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 (1), di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m dilaporkan berkata kegagalan ibu bapa menghantar anak mereka menjalani

program imunisasi Kementeria­n Kesihatan dikhuatiri menjadi punca penularan penyakit beguk atau mumps dalam kalangan murid.

Katanya, walaupun jumlah penyakit itu menurun, dari semasa ke semasa ia masih berlaku di negara ini.

Pada 17 September lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n satu kluster penyakit mumps atau beguk dikesan di Sekolah Kebangsaan Presint 11 (2) Presint 11, di sini, pada 25 Julai lalu membabitka­n 11 pelajar.

Bagaimanap­un, beliau dipetik berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil serta mendapat rawatan pesakit luar.

Roani berkata, proses saringan akan terus diadakan di sekolah rendah sekitar Presint 9, memandangk­an ia kejiranan yang berdekatan dengan Presint 11.

“Proses ini kemudian akan diteruskan di semua sekolah di Putrajaya secara berperingk­at bagi memastikan penyakit ini tidak menular,” katanya.

Penyakit beguk disebabkan jangkitan virus Paramyxovi­rus di mana pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar parotid (kelenjar air liur).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia