Harian Metro

Pendapatan isi rumah naik 6.6%

-

Putrajaya: Pendapatan isi rumah bulanan penengah (median) rakyat Malaysia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 6.6 peratus iaitu RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014.

Ketua Perangkawa­n Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia hasil penemuan Statistik Pendapatan dan Perbelanja­an Isi Rumah Malaysia 2016 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan menerusi pelaksanaa­n Penyiasata­n Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas pada 2016 dan 2017.

“Ini bagi mengumpul maklumat berkaitan ciri isi rumah warga Malaysia yang membabitka­n pendapatan serta kemudahan asas dan kaedah temu ramah bersemuka digunakan dalam penyiasata­n itu iaitu dijalankan dalam tempoh 12 bulan.

“Secara umumnya, empat punca pendapatan isi rumah rakyat negara ini iaitu pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan serta pindahan semasa diterima,” katanya kepada media selepas Pelancaran Statistik Pendapatan dan Perbelanja­an Isi Rumah Malaysia 2016 di sini, semalam.

Penengah adalah nilai pendapatan isi rumah berada di tengah-tengah jika semua isi rumah disusun mengikut turutan pendapatan mereka daripada terkecil hingga yang paling besar.

Julung kali, statistik itu diterbitka­n bukan saja sehingga peringkat negeri malah, peringkat daerah pentadbira­n.

Pada masa sama, beliau berkata, purata pendapatan isi rumah bulanan rakyat turut meningkat sebanyak 6.2 peratus iaitu RM6,958 pada tahun lalu, berbanding RM6,141 pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia